CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2783|Reply: 0

[Johor] Polis siasat kes ugutan terhadap kakak Bella

[Copy link]
Post time 19-3-2024 02:35 PM | Show all posts |Read mode

Ismail ketika ditanya mengenai laporan polis dibuat kakak Bella, dua hari lalu. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Dua kertas siasatan dibuka berkaitan laporan polis dibuat kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah, 36, selepas mendakwa menerima ugutan daripada individu dikenali, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, laporan dibuat Norhisham di Balai Polis Majidee dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sedang menjalankan siasatan.

"Kita merekodkan keterangan daripadanya untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terbabit, termasuk mengenal pasti individu yang didakwa menghantar ugutan terbabit," katanya.



Semalam, Norhisham atau lebih dikenali Ayu berkata, dia membuat laporan polis selepas menerima dua tangkap layar yang mempunyai unsur ugutan.

Difahamkan, ugutan itu disyaki ada kaitan dengan kes pembunuhan Bella atau Mila Sharmila serta tahanan reman Ayu berkaitan pendedahan gambar kanak-kanak.

Dia menerima dua tangkap layar itu daripada orang awam tidak dikenali yang memintanya berhati-hati.

Sementara itu, Ayu berkata, mereka sekeluarga kini berhati-hati sekiranya berada di luar rumah.

"Saya dinasihatkan peguam agar berhati-hati kerana sudah tentu ada pihak menyimpan dendam terhadap kami atas jenayah dilakukannya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erhadap-kakak-bella

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.199180 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list