CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3020|Reply: 0

[Selangor] Dua pelajar cedera diserang sekumpulan lelaki

[Copy link]
Post time 19-3-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar pergaduhan membabitkan dua pelajar dan sekumpulan lelaki.

KAJANG – Dua pelajar sekolah menengah cedera di kepala dan badan akibat diserang dan dipukul sekumpulan lelaki di hadapan sekolah sekitar Sg Long Kajang, di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berjaya dirakam dan tular di laman Facebook di mana kejadian berlaku waktu tamat sesi persekolahan pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.04 petang.

“Dua pelajar sekolah diserang lebih kurang 10 lelaki tempatan menggunakan senjata paip PVC dan batang besi sebelum melarikan diri menaiki dua buah kenderaan berbeza.

“Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya setakat ini menahan empat suspek berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun.

“Keempat-empat suspek ditahan sekitar kawasan Ampang semalam.

“Suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Sehubungan itu, polis masih giat mengesan baki suspek yang terlibat manakala punca kejadian masih tidak dapat dipastikan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -sekumpulan-lelaki/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.094859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list