CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2843|Reply: 0

[Johor] Hanya 5 pasang stoking tertera kalimah Allah ditemui

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode

ISMAIL DOLLAH ketika mengadakan sidang media di hadapan kilang Xin Jian Chang di Sri Gading, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Hanya lima pasang stoking yang mempunyai cetakan perkataan Allah ditemui di kilang seperti ditularkan sebagai pihak pengeluar bahan kontroversi itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lima pasang stoking berkenaan merupakan stoking yang dipulangkan oleh salah satu cawangan mini market KK Mart Sunway di Selangor.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap 18,000 pasang stoking yang terdapat dalam enam bundle di kilang berkenaan mendapati tiada stoking bercetak nama Allah.

“Siasatan mendapati kilang ini tidak membuat sebarang jenama stoking namun hanya mengeluarkan pelbagai jenis selipar.

“Stoking yang dijumpai adalah barang diimport daripada negara China dan ia adalah sebahagian daripada produk ditempah dari negara berkenaan,” katanya kepada media hari ini.

Menurut Ismail lagi, siasatan juga mendapati kilang berkenaan hanya membungkus dan mengedar selepas menerima stoking yang ditempah dari China itu.

Ujarnya, hanya tiga mini market yang terlibat dengan kejadian penjualan stoking berkenaan dan semuanya di Sunway, Selangor.

“Tiada penemuan baharu stoking berkenaan dan lima pasang stoking berkenaan dirampas untuk siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... imah-allah-ditemui/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082408 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list