CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2441|Reply: 0

[Kelantan] Rezeki Ramadan 5,000 akok raja terjual sehari

[Copy link]
Post time 19-3-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Arisuani (kiri) sedang membakar akok raja di bazar Ramadan Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, di sini. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Seorang pengusaha akok raja memperoleh rezeki berganda pada Ramadan apabila kuih tradisional itu terjual sehingga 5,000 biji sehari di bazar ramadan di Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, di sini.

Malah, pembakaran kuih itu juga dibuat di bazar Ramadan berkenaan dengan menggunakan cara tradisional iaitu arang kayu.

Pengusahanya, Arisuani Ahmad, 49, berkata setiap kali Ramadan permintaan terhadap akok raja meningkat lebih satu kali ganda sehingga pelanggan terpaksa beratur untuk membelinya.

Beliau berkata, pada hari biasa hanya kira-kira 2,000 akok raja terjual dan akan mencecah sehingga 5,000 pada bulan Ramadan.



"Permintaan terhadap akok yang kami buat memang sangat tinggi pada bulan Ramadan sehingga adakalanya tidak menang tangan.

"Adunan kuih akok raja ini disediakan di rumah keluarga kami di Bandar Utama di sini. Saya menggunakan santan segar dan lebih 2,000 biji atau 70 papan telur gred AA sehari bagi memastikan kuih akok raja kembang dan gebu," katanya ketika ditemui di bazar ramadan di Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, di sini.

Arisuani berkata, keistimewaan akok buatannya itu kerana dibakar di tapak bazar Ramadan dan pengunjung boleh melihat sendiri prosesnya.

"Setiap hari saya guna lebih 20 beg plastik arang kayu dan dibakar di tapak bazar Ramadan ini. Arang perlu diletakkan di bahagian atas dan bawah acuan yang sudah diletakkan adunan akok dan perlu sentiasa menjaga api supaya kuih tidak hangus.

"Akok raja ini adalah resepi turun-temurun keluarga saya yang tinggal di Kampung Salor, Pasir Mas sebelum saya olah adunan mengikut cara tersendiri," katanya yang sudah 30 tahun menggunakan arang kayu untuk membakar akok buatannya.

Arisuani tidak menafikan berlaku kenaikan harga mentah seperti telur, namun masih mengekalkan harga asal kerana tidak sampai hati menaikkan harga akok raja.

"Pada bulan Ramadan harga telur gred AA mencecah sehingga RM17, berbanding RM15.50 sebelum ini dan arang pula RM5 sekilogram atau satu beg plastik.

"Walaupun bahan mentah naik, namun harga jualan masih kekal 80 sen sebiji atau RM4 bagi lima biji kuih akok raja. Kami kesian kepada pembeli serta penggemar kuih akok raja dan masih cuba bertahan biarpun mendapat keuntungan sedikit," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... raja-terjual-sehari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.292660 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list