CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2071|Reply: 0

[Perak] Pemborong didenda RM10,000 jual ayam lebih mahal

[Copy link]
Post time 19-3-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Pemborong ayam, Sharuddin Saidon, 54, (kiri) didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen hari ini kerana menjual barangan terkawal iaitu ayam standard melebihi harga borong maksimum yang telah ditetapkan kerajaan, Oktober lepas. FOTO BERNAMA

Kuala Kangsar: Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan pada Oktober tahun lalu, pemborong didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Sharuddin Saidon, 54, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak turut berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menjual barangan harga terkawal iaitu ayam standard dengan harga RM8.90 sekilogram melebihi harga borong maksimum dietapkan oleh Pengawal iaitu RM8.10 sekilogram sepertimana di bawah Perenggan 3 Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No 12) 2022 di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Ewanda Maju Berkat Enterprise beralamat di Padang Rengas, di sini, antara 6.30 pagi hingga 7 pagi 14 Oktober 2023.



Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 18 (b) akta sama iaitu denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 27 Oktober 2023 sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Kangsar membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis pemborong ayam iaitu KK Saga Enterprise di Kampung Kuala Dhal, Jalan Taiping-Kuala Kangsar, Padang Rengas, di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati premis itu memproses dan menjual ayam standard secara borong selain mempunyai lesen Berniaga Menjual Borong Ayam yang masih sah hingga 10 Oktober 2025, manakala sitaan dokumen-dokumen dibuat oleh pasukan serbuan.

Hasil pemeriksaan terhadap resit jualan No 07174 bertarikh 14 Oktober 2023 mendapati premis itu menjual ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram kepada peruncit bernama Syawal yang juga pemilik perniagaan Ewanda Maju Berkat, sementara makluman daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati KK Saga Enterprise dimiliki Sharuddin.

Sharuddin yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan denda rendah kerana mempunyai tanggungan besar termasuk membayar pekerja, bil api serta air, selain menanggung ibu bapa dan mentua.

Pada masa sama pengakuan bersalahnya menjimatkan masa mahkamah dan hanya mampu membayar denda RM3,000.

Timbalan Pendakwa Raya KPDN Perak Hasyutantee Khalil kemudian memohon mahkamah memberi hukuman denda tinggi iaitu satu persepuluh daripada denda maksimum dengan mengambil kira kepentingan awam membabitkan isu kos sara hidup.

Pada masa sama, Hasyutantee berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi kesan kepada peruncit untuk turut menaikkan harga, selain sebagai amaran kepada pemborong lain supaya lebih berhati-hati.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... al-ayam-lebih-mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060679 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list