|
ALDEGUER meraikan kejayaannya di Moto2.
Rom: Pelumba remaja Sepanyol Fermin Aldeguer bakal bersaing di MotoGP bersama Ducati pada 2025 dengan kontrak dua tahun serta pilihan tambahan 24 bulan, menurut pengeluar dari Itali tanpa menamakan pasukan terbabit semalam.
Jaguh berusia 18 tahun itu kini berlumba di Moto2 dan menang empat perlumbaan terakhir musim lalu dan menamatkan kedudukan di tangga ketiga keseluruhan. Dia dijangka menyertai pasukan satelit Pramac.
Pengurus Besar Ducati Corse Luigi Dall'Igna dalam kenyataannya berkata Aldeguer antara pelumba terbaik dalam generasi baharu MotoGP.
"Sejak beberapa tahun lalu, kami mengikuti perkembangannya. Ketika musim lalu, dia menunjukkan kepantasan menakjubkan. Dia masih muda, sangat berpotensi serta mempunyai karakter diperlukan untuk menjadi pelumba handalan. Kami akan memberikan sokongan teknikal untuk membantu kemajuannya."
Aldeguer berkata dia teruja dapat merealisasikan impiannya selama ini.
"Sudah tiba masa untuk maju ke depan dan bersaing dengan pelumba terbaik dunia. Saya akan melakukannya bersama jentera terbaik di grid," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... deguer-cabar-motogp |
|