CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 0

[Terengganu] Peliter@TTI 2024 ketengah pelita raya pesisir air

[Copy link]
Post time 19-3-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Petugas mula sibuk melakukan persiapan dekorasi pelita pada program Pelita Raya Terengganu 2024 (Peliter@TTI 2024) di Taman Tamadun Islam malam tadi. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Penganjuran program Pelita Raya Terengganu 2024 (Peliter@TTI 2024) di Taman Tamadun Islam dijangka menarik kehadiran lebih 40,000 pengunjung.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata program selama lima hari bermula 17 Mac yang bertemakan 'Tradisi Diwarisi, Comeynya Peliter Itu' mengetengahkan konsep pelita raya pesisir air.

Beliau berkata program itu mendapat 10 penyertaan daripada lapan pejabat daerah termasuk Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

"Dua lagi peserta ialah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang akan bertanding merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM11,500.


"Program pelita raya ini boleh dianggap sebagai satu tradisi yang diadakan setiap tahun dengan tema dan konsep berbeza untuk kepelbagaian dan menarik kunjungan orang ramai," katanya ketika ditemui pada lawatan persiapan program Peliter@TTI 2024 di Taman Tamadun Islam di sini.

Ahmad Ridzwan berkata keunikan pelita raya ialah peserta disyaratkan menggunakan barangan terpakai seperti tempurung, tin minuman, buluh dan botol untuk membuat binaan atau perhiasan bagi menggambarkan suasana raya.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu turut menganjurkan pertandingan fotografi dan video TikTok yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM2,500.

"Pertandingan fotografi dan video TikTok terbuka kepada semua pengunjung bermula 19 Mac.

"Mereka hanya perlu memuat naik gambar atau video di laman sosial Facebook atau TikTok masing-masing bersama #PeliterTTI2024, #BeautifulTerengganuMalaysia dan #TerengganuDokRilek untuk menyertai pertandingan," katanya.

Menurut beliau selain menikmati keindahan dekorasi pelita, pengunjung juga boleh membeli-belah di gerai jualan serta menikmati pelbagai program kebudayaan dan kesenian yang turut diadakan di tapak program.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-raya-pesisir-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060190 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list