CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6035|Reply: 30

[Tempatan] Isteri Safee Sali rindukan 2 anak didakwa dibawa lelaki itu sejak 6 Februari lalu. #9, Mental saya didera, diceraikan melalui pesanan suara

  [Copy link]
Post time 19-3-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-3-2024 05:20 AM

Isteri Safee Sali rindukan 2 anak didakwa dibawa lelaki itu sejak 6 Februari lalu

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lelaki-itu-sejak-6

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@mediaprima.com.my

Disiarkan pada: Mac 18, 2024 @ 3:24pm



Shah Alam: "Sudah sebulan lebih saya tak boleh berkomunikasi dengan anak saya.

"Saya pun tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini," kata Fitria Elfina Maharip, isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40.

Dalam nada sebak, Fitria Elfina, 44, berkata, dia amat merindui dua anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun selepas didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.

Katanya, dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi satu surat yang ditinggalkan dalam kereta suaminya, 28 Februari lalu.

"Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.

"Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.

"Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah," katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

Fitria Elfina hadir ditemani peguamnya, Amir Syazwan Ahmad Fauzi bagi menjalani proses sulk kes tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.

Menurut Fitria Elfina, dia nekad memfailkan tuntutan hak penjagaan anak selepas terputus hubungan dengan mereka berdua sejak sebulan lalu.

"Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak.

"Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak, ini kali pertama kami berpisah," katanya.

Sementara itu, Amir Syazwan berkata, proses sulk yang berlangsung hari ini, tidak berjaya apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

"Hari ini (berlangsung) proses sulk untuk kes hadanah hak penjagaan anak, malangnya sulk tidak berjaya.

"Kita akan terus ke sebutan semula kes tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung 9 Mei ini," katanya enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebutan untuk pengesahan lafaz cerai pasangan itu dijangka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, jam 9 pagi esok.

Terdahulu, Safee yang memakai baju-T hitam, berpelitup muka dan hidung serta kaca mata hitam dilihat diiringi peguamnya, enggan melayan media apabila meninggalkan perkarangan mahkamah dengan tergesa-gesa.

Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 sebelum dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2 April 2012.


Isteri kepada bekas pemain bola sepak Safee Sali, Fitria Elfina Maharip,44, sebak ketika ditemui media ketika hadir bagi proses Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. FOTO AZIAH AZMEE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh ini bini indon tu kann? acik2 anti penyondol tentu happy
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:11 AM | Show all posts
cerai juga, safee sali pun asal dari keturunan indon juga kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:19 AM | Show all posts
sedih nya, pisahkan anak dengan mak nya
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:26 AM | Show all posts
orang pompuan ni kena belajar kemut kuat skit supaya laki tak tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang punya laki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yinnih ke bini yindonn dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:13 PM | Show all posts
safee sali kawin dgn sape eh sebelum dgn bini yg ini?
ke ini bini 1st dia?
skrng dia kawin dgn sapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2024 01:19 PM | Show all posts
Mental saya didera, diceraikan melalui pesanan suara – Isteri Safee Sali

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -isteri-safee-sali/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
19 Mac 2024, 12:31 pm


Fitria Elfina sebak ketika menceritakan kehidupan rumah tangganya bersama Safee Sali ketika ditemui pemberita di pekarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – “Mental saya didera selama setahun”. Demikian kata isteri bekas pemain bola sepak kebangsaan, Fitria Elfina Maharip , 44, berhubung kehidupan sejak setahun lalu sebelum difailkan nusyuz oleh Safee Sali,40.

Kata suri rumah tersebut, pemfailan nusyuz susulan tersebut atas dakwaan dia telah meninggalkan dua anaknya dengan pulang ke Batam, Indonesia.

“Saya tidak tinggalkan anak sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua-dua pasport mereka dipegang Safee.

“Dia (Safee) juga tidak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab mahu mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang.

“Sudah setahun saya bertahan dan didera mental berhari-hari sebelum mengetahui Safee sudah berkahwin baharu secara sembunyi di Siam pada 26 Januari lalu,” katanya ketika ditemui di pekarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Menurut Fitria Elfina, pergolakkan rumah tangga mereka bermula pada Mac tahun lalu apabila berlaku perubahan termasuk Safee tidak membenarkan panggilan video dibuat kepadanya.

Ujarnya, Safee kemudiannya mengakui ingin berkahwin dengan seorang wanita lain kerana dikatakan boleh membantu kerjaya persaraannya.

“Saya ke Batam pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia mahu berjumpa abang saya. Benda ini (pulang ke Batam) tidak boleh diclaim nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang.

“Sebelum dia datang, dia lafaz cerai melalui voice note (pesanan suara) kepada saya pada 11 Februari lalu. Sekarang ini, saya pula dihalau dari rumah sewa di Puncak Alam disebabkan Safee Sali hanya membayar sehingga bulan ini sahaja,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mempunyai perasaan terhadap bekas penyerang JDT tersebut, Fitria Elfina memaklumkan bahawa Safee Sali seperti tidak menghargai pergorbanannya sebagai isteri dan ibu kepada dua anak mereka.

“Kalau dia buat saya begini, macam sampah selepas 11 tahun mengabdi kepadanya dengan tidak boleh bekerja dan jaga anak sahaja. Apa yang awak rasa. Ketika ini, nafkah zahir juga tidak diberikan olehnya.

“Kini, saya amat bimbang apabila dua anak saya iaitu Shanika Salsabilah,9, dan Shania Safina, 7, tidak lagi bersekolah serta tidak tahu keberadaannya. Hanya surat anak yang dijumpai dalam kereta Safee jadi pengubat rindu,” katanya.

Sementara itu, Peguam Syarie Fauzan Ziman Hassan mewakili Fitria Elfina memaklumkan Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar menetapkan 26 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes tuntutan nusyuz serta pendengaran kes lafaz cerai.

“Ini bagi memberikan peluang kepada anak guam meneliti dokumen tersebut yang baharu diperoleh semalam dan akan menyatakan pendirian (berhubung nusyuz) pada tarikh sebutan semula itu.

“Safee tidak datang dan hanya diwakili peguam ,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Fitria Elfina mendedahkan sudah lebih sebulan tidak berjumpa dua anak mereka selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah sebelum memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dekat sini. -KOSMO!ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sangat pemain bola sepak kan...kan dah kena tendang sana sini macam bola.

Jadilah kau bola jadian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 19-3-2024 01:13 PM
safee sali kawin dgn sape eh sebelum dgn bini yg ini?
ke ini bini 1st dia?
skrng dia kawin dgn sapa? ...

Kahwin yg first dia kena gol.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai nak pemain bola sebab fetish atlet padahal kebanyakan pemain bola kaku diranjang & cepat klimaks
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap ada la mana² lobai kluaq gua tarbiyah sama sapi sali ni.
Pompuan buat mcm kain buruk jah.
Toksah sembang kurma kalo dh dasar jantan tu sendri mmg tagune.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 19-3-2024 01:26 PM
Kahwin yg first dia kena gol.

Sume pompuan ank² dia.
Ini kalo ank² dia esok jantan guna pakai buang baru dia merasa mkn kurma.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 19-3-2024 01:38 PM

Ni semua punca @nusaraya suka panaskan Safee Sali dgn post2 dlm forum

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:56 PM | Show all posts
ha skrg ko rase
11 taun dulu camni la bini 1st dia rasa nokkk
time tu kau tgh bahagia kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 02:07 PM | Show all posts
bukan dia orang ni ada restoran nun kat Jaybi sana.. dah bungkus ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eLiaD at 19-3-2024 02:27 PM

same residence dgn mamat ni rumah un sebaris kahkahkah

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal bini ke 3 klau jadi kwen mmg ngok lah. Dah lombok ni ngaku nak kwen sbb boleh bantu kerjaya persaraan. Kalau 2 org bini lombok ni campak mcm sampah, tak kan dgn bini ke 3 lombok ni tiba-tiba boleh baik helok layan bini...kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:17 PM | Show all posts
safee yang menonggeng
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.118293 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list