CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3217|Reply: 0

[Selangor] Polis buru lelaki bergelar Datuk, 4 lelaki Afrika

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang Jaya: Polis memburu seorang lelaki tempatan bergelar Datuk serta empat lelaki Afrika yang dipercayai terbabit dengan kegiatan samun dalam urus niaga emas di pusat beli-belah di Melawati di sini, pada 15 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang juga tauke restoran berusia 27 tahun dikatakan kali pertama berurusan dengan suspek terbabit.

"Mangsa dikatakan membuat urusan beli dengan suspek untuk mendapat keuntungan segera apabila harga emas naik.

"Dalam kes ini, kami masih belum dapat wang yang dilarikan oleh suspek berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menahan tiga wanita disyaki terbabit kes samun membabitkan urus niaga emas hingga kerugian RM300,000.

Berdasarkan laporan, mangsa bersama rakannya dikatakan membuat urus niaga berkaitan jongkong emas dengan seorang wanita dan lelaki di pusat beli-belah berkenaan, 1 tengah hari, Sabtu lalu.

Mohd Azam berkata, ketiga-tiga wanita yang ditahan adalah jurujual masing-masing 58, 54 dan 31 tahun.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang giat dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tuk-4-lelaki-afrika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.163718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list