CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3179|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Adiwira penghibur jalanan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:15 AM | Show all posts |Read mode

ZAFRI Adil menghiburkan pengunjung berbekalkan bakatnya bermain keyboard di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di Cheras. - Gambar NSTP/ AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: Kemahiran bermain keyboard tidak disia-siakan Zafri Adil Mohd Samsudin sebaliknya dimanfaatkan bagi mencari rezeki sambil menghiburkan orang ramai.

Menariknya, pemuda mesra disapa Zafri, 33, itu bijak mencipta kelainan dengan tampil memakai kostum ketika bermain keyboard di depan khalayak.

Zafri yang menetap di Subang Jaya, Selangor berkata, idea membuat persembahan dengan memakai kostum tercetus selepas melihat seorang rakannya bermain muzik di jalanan busking dengan penampilan begitu.

Kebetulan, pemuda berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu membesar dan meminati karakter adiwira terkenal seperti Power Rangers dan Kamen Rider sejak kecil.



Ia membuatkannya lebih berminat untuk mengikut jejak langkah rakannya.

"Saya cari rezeki dengan busking (bermain muzik di jalanan) sejak 2012.

"Ketika itu, belum pakai kostum lagi. Tetapi apabila lihat kawan mengenakannya ketika busking, timbul keinginan untuk menuruti langkahnya.

"Daripada situ, saya terfikir untuk cuba kelainan gunakan bakat yang ada dengan bermain keyboard dalam persalinan kostum," katanya ditemui Harian Metro di sebuah pusat beli belah di sini.

Menurut Zafri, dia mencari rezeki dengan cara itu sejak tahun lalu selepas membeli kostum di platform dalam talian.

"Harganya agak mahal dengan angggaran RM800 hingga RM1,000 untuk satu set kostum.

"Setakat ini, saya sudah ada enam kostum iaitu empat persalinan Power Rangers putih, merah, hitam dan biru manakala dua lagi Kamen Rider," katanya.

Berkongsi pengalamannya, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, percubaannya melakukan transformasi berhasil apabila mendapat sambutan dan rezeki di luar jangkaan.

"Seronok kerana saya nampak orang lalu-lalang suka malah ada yang ambil gambar dan minta saya menyanyi.

"Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa pun suka. Bagaimanapun, ada juga individu yang ketawa dan bertanya kenapa pakai begini (kostum)," katanya yang menyimpan impian menambah kostum pada masa depan.

Zafri mengakui pulangan hasil kerja kerasnya itu juga memuaskan.

"Alhamdulillah, memang berbaloi hasilnya untuk saya yang sudah berkahwin walaupun jumlahnya tidak menentu," katanya yang bernaung di bawah Persatuan Malaysian Buskers Club (MYBC).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-penghibur-jalanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.560001 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list