CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3186|Reply: 0

[Selangor] Samun RM300,000, tiga wanita ditahan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode

KERETA digunakan untuk membawa mangsa sebelum dia disamun di tepi jalan dekat Taman Melawati. FOTO Ihsan Polis.

Ampang Jaya: Polis menahan tiga wanita disyaki terbabit kes samun membabitkan urus niaga emas hingga kerugian RM300,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mereka ditahan susulan laporan seorang lelaki yang mendakwa diperdaya pada 15 Mac lalu.

Katanya, dalam laporan itu, mangsa bersama rakannya membuat urus niaga berkaitan jongkong emas dengan seorang wanita dan lelaki di Melawati Mall pada 1 tengah hari.

"Mangsa kemudian diminta menaiki kereta Proton Gen2 untuk mengambil emas berkenaan dan didakwa dibawa pusing tiga kali mengelilingi pusat beli belah terbabit.



"Mereka kemudian dibawa ke Jalan G1 dan kereta itu berhenti di tepi jalan sebelum empat suspek (lelaki warga asing) datang, dengan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah kepala mangsa.

"Suspek juga menyembur alat sembur lada ke mata mangsa dan kemudian merampas beg yang mengandungi wang tunai berjumlah RM300,000," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Azam berkata, kesemua suspek kemudiannya terus melarikan diri dengan menaiki kereta lain.

"Bertindak atas maklumat, pada jam 7.15 malam hari sama, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menangkap seorang wanita di Taman Melawati disyaki terbabit kes itu.

"Kemudian pada 11.40 malam, 16 Mac lalu, sepasukan polis membuat serbuan di seunit kondominium di Jalan Ampang dan menahan dua wanita," katanya.

Menurutnya, suspek pertama direman lima hari hingga 20 Mac dan dua lagi suspek direman sehingga 23 Mac.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiga-wanita-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069705 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list