CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4139|Reply: 17

[Tempatan] 50 pesawah Pasir Mas kerugian besar, padi rosak akibat kemarau

  [Copy link]
Post time 19-3-2024 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 19-3-2024 09:38 AM

50 pesawah kerugian besar, padi rosak akibat kemarau
Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my


Pesawah, Rasul Zulkifli, 26, (kiri) bersama rakannya, Mohd Arif Mat Ghani, 30, menunjukkan tali air yang menjadi punca air kering kontang mengakibatkan tanah padi seluas 200 hektar yang diusahakan mereka rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau ketika tinjauan di Kampung Aur Duri, di sini, FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Pasir Mas: Lebih 50 pesawah membabitkan tanah padi seluas lebih 200 hektar di Kampung Aur Duri di sini, buntu apabila sebahagian besar sawah padi yang diusahakan mereka rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau.

Mereka mendakwa, sebahagian besar padi yang diusahakan mereka sejak Disember lalu itu mulai rosak sejak dua minggu lalu, manakala sebahagian lagi hanya mampu bertahan seminggu sahaja.

Lebih malang, impian pesawah berkenaan yang mahu mengaut keuntungan juga tidak kesampaian, sebaliknya berdepan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang.

Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati, tanah sawah di lokasi berkenaan kering dan merekah, manakala tali air yang menjadi punca air mereka juga kering kontang.

Bagaimanapun, lokasi sawah berkenaan tidak sampai satu kilometer (km) dari Sungai Kelantan dan terdapat juga pam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Sungai berkenaan, namun penduduk mendakwa air tidak sampai ke sawah mereka.

Pesawah, Rasul Zulkifli, 26, berkata, situasi yang berlaku sangat mengecewakan kerana sudah tiga musim berturut-turut dia mengalami kerugian akibat masalah air.

"Saya mengusahakan sawah seluas enam hektar dan hampir keseluruhan sudah rosak. Tinggal sebahagian kecil sahaja masih selamat, namun hanya mampu bertahan seminggu sahaja lagi.

"Saya buntu, modal dikeluarkan membabitkan puluhan ribu, beberapa lembu juga sudah dijual kerana mahu dijadikan modal padi dengan harapan mampu memperoleh keuntungan.

"Namun, sebaliknya berlaku apabila saya berdepan kerugian dan modal pun lebur, macam mana nak bayar hutang dengan Agrobank pun saya tidak tahu," katanya ketika ditemui di sini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut meluahkan rasa kesal kepada Kada apabila disifatkan gagal menyelesaikan masalah yang berlaku menyebabkan pesawah berdepan kerugian.

"Sepatutnya Kada sedar setiap tahun berlaku musim kemarau dan sudah ada langkah proaktif yang perlu dilakukan. Kita juga akui musim kemarau, namun lokasi sawah kami begitu dekat dengan Sungai Kelantan dan air di sungai berkenaan masih banyak, kenapa tidak dapat disalurkan air?

"Kami juga melihat ada pam di sungai berkenaan namun air tidak juga sampai ke sawah kami. Inilah masalah kami saban musim sejak beberapa tahun lalu, sampai bila kami terpaksa berdepan kerugian.

"Justeru, saya menyeru Kada supaya menyelesaikan masalah kami yang ketiadaan air ini supaya dapat mengurangkan lebih banyak kerugian," katanya yang sepatutnya padi berkenaan dapat dituai pada akhir bulan depan.

Rakannya, Mohd Arif Mat Ghani, 30, yang mengusahakan sawah seluas 28 hektar sejak 15 tahun lalu berkata, dia berdepan kerugian hampir RM80,000 sekiranya masalah air tidak dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari.

"Keadaan padi saya sudah tenat, sebahagian besar sudah bertukar kuning dan tidak boleh dibaja akibat tanah yang kering.

"Saya amat berharap Kada mampu menyelesaikan masalah air secepat mungkin bagi mengelak lebih ramai pesawah berdepan kerugian," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah murka kat Menter Besar ko Sanusi terlalu bongkak.

Padan lah muka CASH! Tanpa Credit!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:32 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 19-3-2024 09:08 AM
Allah murka kat Menter Besar ko Sanusi terlalu bongkak.

Padan lah muka CASH! Tanpa Credit!

Sanusi...?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 19-3-2024 09:32 AM
Sanusi...?

Ko tengok tu muka bongkak dia.

Sanusi tak tahu daulat Selangor tu lagi tinggi walupun sama daratan dengan Kedah.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:42 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 19-3-2024 09:35 AM
Ko tengok tu muka bongkak dia.

Sanusi tak tahu daulat Selangor tu lagi tinggi walupun sama darata ...

Then apa kaitan dgn Kelantan ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 19-3-2024 09:42 AM
Then apa kaitan dgn Kelantan ?

Siapa sebut Kelantan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 09:44 AM | Show all posts

saya rujuk artikel tu berkaitan isu di kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:48 AM | Show all posts
Semoga kesemua pesawah yang terjejas dapat bersabar dengan situasi ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 19-3-2024 09:44 AM
saya rujuk artikel tu berkaitan isu di kelantan.

BALA DI SEMUA NEGERI-NEGERI PENTADBIRAN PAS.

POKOK SENA: Cuaca panas melampau melanda daerah Pokok Sena dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 hingga 30 peratus berbanding musim lalu.

Mohd Farid Shafie, 38, dari Gulau di sini mendakwa dia yang mengusahakan lebih 30 hektar sawah turut terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lalu dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:57 AM | Show all posts
eragon replied at 19-3-2024 09:44 AM
saya rujuk artikel tu berkaitan isu di kelantan.

Hahahaha nanti Kampuchea banjir pun salahkan Sanusi....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:13 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 19-3-2024 09:50 AM
BALA DI SEMUA NEGERI-NEGERI PENTADBIRAN PAS.

POKOK SENA: Cuaca panas melampau melanda daerah Poko ...

ni artikel lain ni.  bukan yang dalam thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:18 AM | Show all posts
gagal merancang dari menteri sampai ke opisboy
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 12:00 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 19-3-2024 09:08 AM
Allah murka kat Menter Besar ko Sanusi terlalu bongkak.

Padan lah muka CASH! Tanpa Credit!

Tak baik ko ni,....ini dugaan. Negeri lain barulah sebab maksiat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang-Sibok replied at 19-3-2024 12:00 PM
Tak baik ko ni,....ini dugaan. Negeri lain barulah sebab maksiat.

Kalau kat Selangor dikatanya bala sebab nak buat konsert Coldplay.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 19-3-2024 01:14 PM
Abg_Zek replied at 19-3-2024 09:57 AM
Hahahaha nanti Kampuchea banjir pun salahkan Sanusi....


Memang Sanusi membawa malapetaka.

Patut di banned masuk ke Selangor.

Kalau nak masuk Selangor kena tunjuk Visa Pelawat dengan pasport Kedah dia dengan duit cash minimum RM5,000.00 biar dia rasa terhina.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri yg serba-serbi gagal.

Sek2 mu jugak yg undi tiap kali ngundi kan..so hadap je lah takyah byk komplen.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 02:07 AM | Show all posts
dah tokdir......nak buat cam ner?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:49 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069326 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list