CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19023|Reply: 0

[Sarawak] PKB Sibu tidak kesan sebarang produk coklat Slymchoco dijual secara terbuka

[Copy link]
Post time 18-3-2024 07:56 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu mengesahkan setakat ini mereka tidak mengesan sebarang produk coklat Slymchoco atau Slymochoco dijual secara terbuka di pasaran tempatan.

Ini susulan pengharaman produk tersebut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas penemuan kandungan racun berjadual, Sibutramine.

PKB Sibu dalam satu kenyataan, menjelaskan proses pemantauan masih berjalan dan mereka akan mengambil tindakan segera jika terdapat produk melanggar larangan tersebut.

Sebelum ini, KKM mengarahkan peniaga dalam dan luar talian menghentikan penjualan produk berisiko tersebut dan segera menghubungi pihak berkuasa kesihatan jika terdapat sebarang stok perlu ditarik balik.

Masyarakat Sibu juga digesa tidak mengambil produk tersebut serta-merta dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika perlu.

KKM menegaskan pengambilan produk mengandungi Sibutramine boleh meningkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Pada masa sama, KKM mengingatkan penjualan produk makanan mengandungi bahan beracun adalah satu kesalahan di bawah undang-undang. Sebarang kesalahan boleh dikenakan denda tinggi atau hukuman penjara.

PKB Sibu turut menyeru semua pihak mematuhi arahan dan amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan demi keselamatan dan kesihatan bersama.

Mereka juga memberi jaminan pemantauan diteruskan dengan ketat untuk memastikan produk-produk berbahaya tidak berada di pasaran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.278947 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list