Dona (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil keluarga penerima.
KUCHING: Trefoil Guild Girl Guide (TGG) Daerah Kuching meneruskan kerja amal dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada 10 keluarga asnaf, balu, ibu tunggal dan keluarga yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU) pada Sabtu lepas.
Sumbangan tersebut menurut satu kenyataan, telah disampaikan oleh Pengerusinya Datin Dona Drury Wee di kediaman keluarga penerima sekitar kawasan Matang, Kampung Gita dan Sungai Maong.
Menurut Dona, aktiviti itu merupakan kelaziman persatuan tersebut dalam bulan Ramadan khusus untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.
|