CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18923|Reply: 0

[Sarawak] Pengorbanan anggota keselamatan dan penguatkuasaan dihargai

[Copy link]
Post time 18-3-2024 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Program Sumbangsih Raya diteruskan bagi hargai anggota keselamatan, penguatkuasaan bertugas semasa Aidilfitri



Fatimah (tiga kiri) menunjukkan jenis makanan yang terkandung dalam kontena Sumbangsih Raya.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) meneruskan lagi Program Sumbangsih Raya tahun ini sebagai menghargai anggota-anggota keselamatan dan penguatkuasaan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tahun ini sebanyak 12,000 kontena Sumbangsih Raya akan diagihkan kepada 11 agensi penerima.

Agensi penerima terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM).

Turut menerima Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

“Tahun ini merupakan tahun ke-34 Program Sumbangsih Raya diadakan oleh dahulunya Biro Wanita dan sekarang dikenali sebagai Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

“Program ini diadakan bagi menzahirkan tanda prihatin, penghargaan dan terima kasih Kerajaan Sarawak kepada anggota-anggota keselamatan dan penguatkuasaan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembungkusan Sumbangsih Raya 2024 di Dewan Utama Wisma Wanita di sini hari ini.

Hadir sama dua timbalannya Datuk Rosey Yunus dan Datuk Mohammad Razi Sitam serta Pengarah JWKS Salmah Jobeli.

Dalam pada itu empat jenis barangan berupa makanan dan minuman disediakan bagi pembungkusan tersebut iaitu serunding daging, kek buah, kacang botak dan kopi serta teh tiga dalam satu.

Majlis simbolik penyerahan Sumbangsih Raya ini katanya, akan diadakan pada 20 Mac ini di Wisma Bapa Malaysia yang akan dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tahun ini kata Fatimah, sesi ziarah ke agensi-agensi penerima tidak akan dilaksanakan atas kekangan tertentu.

Bagaimanapun beliau berharap ia tidak akan menjejaskan objektif utama serta kemeriahan program ini dalam menghargai jasa dan sumbangan anggota-anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan.

Untuk pembungkusan di Dewan Utama Wisma Wanita hari ini, sebanyak 3,000 kontena disiapkan bersamaan dengan 100 kotak dalam masa satu jam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055517 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list