CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9617|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki cetus provokasi di jalan raya serah diri

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:32 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki yang melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain di Jalan Demak pada 14 Mac lalu, akhirnya menyerah diri, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 18 tahun itu menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching jam 9:30 malam.

Menurutnya, suspek ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Turut dirampas bersama-sama suspek ialah sebuah motosikal Honda Ex 5(C100) berwarna coklat keemasan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Suspek berkenaan, katanya akan ditahan reman selama dua hari bermula 18 hingga 19 Mac ini.

"Semakan terhadap suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga negatif dadah," tambahnya.

Terdahulu, merujuk rakaman video tular berdurasi 1.50 minit daripada Facebook orang awam, sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang seorang lelaki bersama pembonceng lelaki telah melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya.

Kejadian berlaku pada jam 5.20 petang, 14 Mac di Jalan Demak Jaya Kuching berhampiran Pasar Raya Mydin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055872 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list