CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9439|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh termasuk wanita leka main mahjong diberkas

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode


Anggota polis sedang melakukan pemeriksaan di sebuah premis yang terletak di tingkat atas bangunan perniagaan di Mukah pada Ahad.

MUKAH: Polis berjaya menggagalkan operasi judi mahjong di sebuah premis tingkat atas bangunan di Mukah pada Ahad.

Dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar 4 petang itu, pasukan berjaya menahan tujuh lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian tersebut.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Allias berkata, kesemua yang ditangkap ialah warga tempatan berumur antara 43 hingga 64 tahun.

Katanya, serbuan tersebut merupakan hasil daripada intipan yang dijalankan oleh pihak polis setelah menerima maklumat mengenai kegiatan perjudian di lokasi tersebut.

"Semasa serbuan dilakukan, polis mendapati dua lelaki dan seorang wanita sedang sibuk bermain permainan mahjong di sebuah meja.

"Manakala lima lelaki lain dilihat memerhatikan permainan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kesemua suspek serta barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk membantu siasatan lanjut.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM2,342, selain 112 biji mahjong, tiga biji dadu, dua meja dan lapan kerusi yang digunakan dalam aktiviti perjudian tersebut.

Kesemua mereka yang ditahan serta barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut, katanya lagi.

Muhamad Rizal menjelaskan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk memberi maklumat jika terdapat sebarang aktiviti perjudian agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.347390 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list