CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7651|Reply: 0

[Sabah] Kastam Sabah rampas kayu balak bernilai lebih RM80,000

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Mohd Nasir (kanan) menunjukkan kayu balak yang berjaya dirampas.

TAWAU: Taktik membawa keluar kayu balak bernilai lebih RM80,000 menggunakan kontena gagal selepas dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah di Pelabuhan Tawau, pada 23 Febuari lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pihaknya mengesan imej meragukan pada mesin pengimbas kargo terhadap tiga buah kontena di pelabuhan berkenaan, kira-kira jam 5.45 petang.

Katanya, sepasukan pegawai Kastam Bahagian Perkastaman Tawau dan Jabatan Perhutanan Tawau bertindak menjalankan pemeriksaan terhadap semua kontena berkenaan.

“Hasil pemeriksaan secara fizikal mendapati dua daripada kontena berkenaan mengandungi 101 batang kayu balak tanaman jati dan sebuah lagi mengandungi 1,514 batang kayu terubah.

“Semua kayu balak berkenaan tidak seperti diikrarkan kepada pihak Kastam melalui Borang Kastam 2 dan lesen eksport yang dilampirkan syarikat berkenaan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi untuk kes ini adalah mengikrar menggunakan permit tidak betul untuk tujuan eksport yang tertakluk pada permit eksport.

“Semua kayu balak yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM80,322.23 dengan duti eksport bernilai RM7,129.36.

“Ketiga-tiga kontena dan kayu balak itu ditahan dan diserahkan kepada cawangan penguatkuasaan Kastam Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list