CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7421|Reply: 0

[Sabah] Peniaga bazar Ramadan terpaksa naikkan harga jualan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:23 PM | Show all posts |Read mode


PENIAGA: Hafizul (kanan) masih mengekalkan harga jualan biarpun kos bahan mentah meningkat.

KOTA KINABALU: Peningkatan kos bahan mentah antara faktor yang membawa kepada pertambahan harga makanan serta juadah di bazar Ramadan tahun ini.

Tinjauan di bazar Ramadan Asia City di sini mendapati ada peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan untuk menampung modal terutama melibatkan beberapa barangan seperti ayam, daging, sayur, dan telur.

Peniaga bazar Ramadan Hafizul Zulkarnain, 35, berkata, ini adalah tahun ketiga beliau berniaga nasi goreng ayam, mi goreng ayam, kueh tiaw goreng ayam dan nasi goreng kampung di bazar Ramadan berkenaan.

Katanya, walaupun terpaksa menanggung kos bahan mentah yang meningkat, namun harga jualan bagi juadah utama masih dikekalkan pada harga RM4 untuk satu bekas.

Bagaimanapun jelasnya, harga bagi juadah sampingan seperti ayam goreng dan telur goreng terpaksa dijual sedikit mahal berbanding tahun lalu.

"Tahun lepas saya jual ayam goreng pada harga RM3 seketul manakala, telur goreng RM1 sebiji tetapi ia dinaikkan sedikit iaitu RM4 (ayam goreng) dan RM1.50 (telur goreng).

"Kalau ikutkan kadar semasa, kita boleh sahaja menaikkan harga untuk semua makanan tetapi sudah menjadi cara saya mahu mengekalkan harga lama untuk menarik pelanggan sedia ada.

"Justeru, saya hanya menaikkan harga untuk juadah sampingan dan bukannya makanan utama," katanya.


NAIK HARGA: Mohd Basri menunjukkan martabak jawa yang dijualnya di bazar Ramadan.

Sementara itu, bagi peniaga martabak jawa Mohd Basri Ali, 45, secara peribadi beliau berat hati untuk menaikkan harga martabak jawa yang dijualnya sejak lima tahun lalu.

"Sebagai peniaga, saya memang hendak mengekalkan harga lama iaitu RM2.50 bagi martabak sayur, RM3 untuk martabak ayam dan daging.

"Harga bahan mentah sekarang ibarat kekangan utama kerana jika tidak naikkan harga, sudah pasti tiada keuntungan diperoleh dari hasil jualan.

"Tahun ini saya menjual martabak sayur pada harga RM3 sekeping manakala martabak ayam serta daging masing-masing RM4 sekeping," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.535857 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list