CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7358|Reply: 0

[Sabah] FPEP UMS puji kecekapan pengurusan SICC

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Razali dan Andy bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan ketika dalam majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 30 kanak-kanak tahfiz diraikan dalam satu majlis berbuka puasa oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)

SICC yang memperkenalkan 'The Taste of the World' dengan 800 hidangan yang mengagumkan dari seluruh dunia turut dihadiri lebih 1,000 tetamu baru-baru ini.
Program berkenaan adalah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SICC.

Penyelaras Mobiliti Antarabangsa Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datu Razali Datu Eranza dan Andy Lee Chen Hiung bersama Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Madya Dr. Suddin Lada baru-baru ini turut hadir pada majlis berbuka puasa itu.

Hidangan bufet itu menyediakan gabungan masakan tradisional dan antarabangsa yang sememangnya menyelerakan.

Razali dalam pada itu mengiktiraf usaha yang dilakukan SICC yang mana kepelbagaian hidangan yang disediakan itu disusun rapi, sekali gus memberikan pengalaman menarik kepada para pelanggannya.

Sebagai pujian terhadap kepimpinan dinamik dan pendekatan pengurusan yang berkesan dalam menyelia SICC, Razali mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Hajah Rosmawati Lasuki.

SICC berperanan sebagai rakan strategik kepada program mobiliti antarabangsa FPEP sejak tahun lepas khususnya program Trainovation dan Harmony Exchange Beyond Academic Tour (HEBAT).

Kedua-dua pihak menekankan pentingnya mewujudkan kerjasama dari segi akademik dan pertukaran budaya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.058454 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list