CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7236|Reply: 0

[Sabah] Karim Bujang sertai Gagasan Rakyat

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:16 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Karim (lima kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji ketika di majlis itu.

KOTA KINABALU: Pengerusi Tetap Parti WARISAN, Datuk Haji Karim Bujang mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat pada Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Haji Dr.Mohd Arifin Mohd.Arif dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Beliawanis Negeri, Emmie M. Idang,  Ketua Penerangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Bendahari Negeri, Datuk Haji Gulamhaidar Khan Bahadar.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat Kinabalu, SICC.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.072458 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list