CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5078|Reply: 0

Lupakan saja raya demi negara

[Copy link]
Post time 18-3-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode

SKUAD B-23 menjalani latihan persiapan Piala AFC B-23 bulan depan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Barisan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) perlu berkorban dengan melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri demi memastikan pasukan berada dalam prestasi terbaik bagi mengharungi saingan Piala Asia B-23, bulan depan.

Penyerang muda negara Muhammad Haqimi Azim Rosli berkata, walaupun perkara terbabit boleh dikatakan agak sukar namun barisan pemain B-23 perlu berkorban demi meraih keputusan positif di pentas Asia itu.

"Ia sangat sukar bagi pemain-pemain bola sepak di Malaysia.Kita nak hadapi kejohanan ini (Piala AFC Bawah-23) di perantauan ketika yang lain masih lagi menyambut perayaan di Malaysia.

"Nak buat macam mana, ini lah realiti kami, kami pilih jalan ini, kami sanggup buat apa sahaja apa sahaja untuk negara," katanya pada hari pertama latihan skuad B-23 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.



Tersenarai dalam panggilan skuad kebangsaan sebelum ini, Haqimi dapat peluang untuk mempersiapkan diri dengan berlatih bersama skuad senior selama seminggu sebelum dipanggil untuk skuad B-23.

"Persiapan saya dengan skuad kebangsaan minggu lepas memberi saya peluang untuk belajar benda baharu terutama sekali benda yang jurulatih Kim (Kim Pan-gon) ajar kepada saya.

"Kalau ada rezeki saya pergi ke Doha, saya akan guna pakai segala pembelajaran yang saya peroleh bersama skuad senior untuk membantu skuad Bawah-23 Tahun kali ini.

"Peluang kesebelasan utama tu terserah kepada coach (Juan Torres Garrido) untuk memilih. Jika terpilih dalam kesebelasan utama, saya akan berikan yang terbaik," katanya.

Mengikut rekod, skuad negara bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan untuk memantapkan skuad sebelum kejohanan Piala AFC bawah-23 bermula pada April di Doha, Qatar.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ja-raya-demi-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053451 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list