CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3886|Reply: 0

[Johor] Polis siasat kilang didakwa keluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat - Exco Johor

[Copy link]
Post time 18-3-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode


EXCO Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Mohd Khalid pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMA) di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor di Kluang Johor. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Exco Hal Ehwal Agama Johor Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan polis sudah mengambil tindakan awal dan menyiasat kilang yang didakwa mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat.

Beliau menjelaskan sudah menghubungi Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang mengesahkan tindakan awal sudah dibuat.

"Kita percaya polis akan melaksanakan tugas mereka dan saya berharap semua orang Islam bersabar," katanya pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini, baru-baru ini.


Mohd Fared berkata, pihaknya menyokong semua tindakan perundangan kepada pihak berkenaan dan sedia membantu pihak berkuasa yang terbabit.

"Kita akan ambil tindakan sebaiknya sekiranya agensi penguat kuasa kita diperlukan untuk buat serbuan dan operasi bersama, kita akan menggerakkan semua agensi," katanya.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya penjualan stoking tertera kalimah Allah itu dan memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memainkan sentimen keagamaan seperti itu.

"Kita percaya hal ini tidak akan berulang lagi. Untuk bangsa Johor (minta) untuk semuanya berterusan memantau, membantu kita agensi kerajaan negeri dan melaporkan kepada pejabat kadi, pejabat polis daerah sekiranya ada kecurigaan pada hal hal berkaitan dengan masalah ini," katanya.

Rabu lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... limah-allah-di-batu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.054821 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list