CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3960|Reply: 0

[Johor] 63 PATI cari rezeki secara ‘haram’ diberkas

[Copy link]
Post time 18-3-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA imigresen (kanan) melakukan pemeriksaan ke atas warga asing ketika melakukan operasi di sekitar Johor Bahru, minggu lalu. Foto IHSAN JIM JOHOR

JOHOR BAHRU – Tindakan 63 pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja tanpa permit yang sah mengundang padah apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor sekitar bandar raya ini antara 13 hingga semalam.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua PATI yang diberkas terdiri daripada mereka yang berusia antara 3 hingga 61 tahun.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan hasil serbuan ke atas 26 premis di sekitar Johor Bahru.

“Tindakan diambil susulan aduan dan maklumat awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warganegara asing yang tinggal dan bekerja tanpa pas atau permit yang sah di premis tersebut.

“PATI lelaki yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki Bangladesh, Nepal (9), India (8), Pakistan (6), Indonesia (2) dqn Myanmar (4).

“Manakala wanita pula terdiri daripada lima warga Indonesia, Myanmar (4), Filipina (1) serta dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baharuddin berkata, kesemua mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Ujarnya, mereka yang diberkas turut melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang dietapkan.

“Sebanyak lapan notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan di seluruh negeri ini bagi membanteras isu kebanjiran PATI. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ara-haram-diberkas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051870 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list