CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4071|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Tiada istilah takluk, kami masih kawal'

[Copy link]
Post time 18-3-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian warga asing yang beragama islam menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid Al-Azim, Taman Semarak. FOTO AZRUL EDHAM

Nilai: "Kami menyantuni mereka sebagai saudara seagama, tiada isu besar kepala atau cuba takluk masjid kerana kami yang mengawal mereka," kata Pengerusi Masjid Al-Azim, Taman Semarak, di sini, Md Fakarudin Ab Rahman.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan antara 300 hingga 500 warga asing dengan sebahagian besarnya adalah dari Bangladesh menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid berkenaan setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan,

Katanya, juadah disediakan sendiri secara bergotong royong, dan masjid itu bukan sahaja dikunjungi warga asing yang tinggal dan bekerja di sekitar Taman Semarak, malah ada yang datang dari sekitar Lembah Klang.

Md Fakarudin berkata, apabila di dalam masjid, soal bangsa dan negara ditolak tepi dengan mengutamakan agama terlebih dahulu.



"Apabila kita dapat kawal warga asing ini terutama ketua mereka, lebih mudah untuk pastikan mereka mengikut cara kita walaupun bukan sepenuhnya.

"Mereka mengimarah dan meramaikan masjid dengan saf penuh sehingga ke belakang. Pada hari biasa, solat terawih penuh hingga lima saf," katanya ketika ditemui, semalam.

Mengulas juadah yang disediakan sendiri warga asing, Md Fakarudin, pihaknya memantau setiap proses yang dilakukan di masjid, malah menetapkan individu yang membuat kerja.

"Memang ada skeptikal masyarakat kita mengenai juadah yang disediakan terutama dari segi kebersihan, namun kami menetapkan prosedur yang perlu diikut.

"Tiada istilah mereka menakluk masjid kerana kami masih lagi memegang jawatankuasa dalam masjid. Mereka mengimarahkan masjid dan kami alu-alukan, tidak terhad kepada satu bangsa sahaja," katanya.

Penduduk tempatan, Romli Wahab, 54, berkata, pada mulanya dia agak ragu-ragu untuk menyertai majlis berbuka puasa berkenaan, namun selepas melihat sendiri prosesnya, dia mula boleh menerima.

"Bukan hanya jawatankuasa masjid yang menyertai buka puasa ini, malah penduduk setempat juga ambil kesempatan, malah ada juga anak muda dan kanak-kanak.

Ketua komuniti Bangladesh kawasan itu, Hafizul Rahman Asynur, 37, berkata, dia dengan rakan-rakan mengumpul sendiri wang untuk kos membeli bahan mentah.

"Kami tukar menu setiap minggu, adakala nasi beriani. Hari ini (semalam) kami buat nasi putih dengan kari ayam dan kambing serta buah-buahan dan air.

"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana pihak masjid menyantuni kami tanpa melihat warna kulit. Biarpun jauh dari negara dan keluarga, layanan ini membuatkan kami terharu," katanya yang sudah bekerja di Malaysia selama 12 tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-kami-masih-kawal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.804396 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list