CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2958|Reply: 0

Klopp berang wartawan tanya soalan bodoh

[Copy link]
Post time 18-3-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika aksi suku akhir Piala FA menentang Manchester United di Old Trafford. - Foto AFP

MANCHESTER: Jurgen Klopp meninggalkan sesi temu bual selepas perlawanan susulan kekalahan Liverpool di tangan Manchester United pada suku akhir Piala FA.

The Reds tewas 4-3 selepas Amad Diallo menjaringkan gol pada minit ke-121 untuk melengkapkan kebangkitan United, dengan anak buah Klopp mendahului 2-1 dan 3-2 dalam permainan.

Selepas harapan untuk Liverpool memenangi empat kejuaraan musim ini berkecai, Klopp naik angin dengan soalan diajukan wartawan dari saluran TV Norway dan terus meninggalkan sesi temu bual berkenaan.

Selepas ditanya berkenaan intensiti pasukannya yang merosot dalam masa tambahan, Klopp membidas: "Soalan itu agak bodoh.



"Jika anda sentiasa melihat kami, anda boleh tanya waktu itu kenapa kami mempunyai begitu banyak tenaga.

"Saya tidak tahu berapa banyak perlawanan kami harungi baru-baru ini dan berapa yang dilalui Manchester United. Itulah sukan.

"Saya sangat kecewa dengan soalan itu, tetapi sudah tentu anda merasakan ia soalan yang bagus."

"Kemudian wartawan itu menambah: "Jadi terlalu banyak perlawanan?"

Ia membuatkan Klopp berang dan menjawab: "Jadi anda tidak rasa begitu? Anda jelas sekali tidak berada dalam keadaan yang baik dan saya tiada masa melayan anda."

United mendahului permainan menerusi Scott McTominay yang meledak gol kesembilannya musim ini selepas percubaan Alejandro Garnacho dinafikan Caoimhin Kelleher.

Dua gol dalam tempoh tiga minit di akhir babak pertama memberikan kelebihan buat pelawat apabila Alexis Mac Allister menewaskan Andre Onana dan Mohamed Salah menjaringkan gol ke-13 dalam 14 perlawanan menentang United.

United kembali bangkit apabila Antony dimasukkan dan menjaringkan gol pertamanya di Old Trafford selepas setahun - tiga minit sebelum tamat permainan.

Jaringan Harvey Elliott kembali meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-105, tetapi Marcus Rashford menjadikan kedudukan 3-3.

Serangan balas pantas menerusi Garnacho membuka ruang buat Diallo menjaringkan gol pertamanya selepas tiga tahun di Old Trafford.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Klopp mengakui anak buahnya gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

"Kami tidak menamatkan perlawanan lebih awal. Apabila anda membiarkan pintu terbuka, di Old Trafford pula, jelas sekali mereka akan mempunyai peluang.

"Ia amat sukar bagi kami. Ini kali pertama saya lihat pasukan saya sangat bergelut," katanya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -tanya-soalan-bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050649 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list