CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7876|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Warga asing tidak dibenarkan berniaga di bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:00 AM | Show all posts |Read mode


J Arul Kumar (dua dari kanan) menampal pelekat program mysavefood di gerai peniaga pada Program Mysavefood. FOTO Azrul Edham

Seremban: Tiada tempat untuk warga asing dan peniaga kaya yang menggajikan warga asing di bazar Ramadan, ia untuk peniaga kecil tempatan bagi menjana pendapatan tambahan sempena kehadiran Ramadan.

Itu amaran kerajaan negeri termasuk kepada penganjur bazar Ramadan sekiranya pihak berkuasa mengesan kehadiran peniaga warga asing di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.

EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan J Arul Kumar berkata, objektif bazar adalah untuk memberi ruang kepada peniaga kecil mencari sumber pendapatan tambahan sepanjang Ramadan, bukannya untuk warga asing.

"Larangan sama turut diberi kepada tapak pasar malam dan pasar tani. Pada minggu lalu, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyita barangan yang diniagakan warga asing," katanya.

Menurut beliau, penganjur bertanggungjawab memastikan tiada warga asing berniaga atau bekerja di tapak bazar Ramadan mereka.

"Sekiranya ada warga asing berniaga di celah-celah bazar, penganjur terlebih dahulu perlu ambil tindakan kerana sudah ada syarat jelas dalam lesen yang warga asing tidak dibenarkan.

"Sekiranya penganjur gagal berbuat demikian, kita akan senarai hitamkan mereka untuk dipilih sebagai penganjur bazar pada masa depan," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga supaya tidak 'mengalibabakan' lesen perniagaan bazar Ramadan kepada warga asing.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053857 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list