CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7906|Reply: 0

[Borneo] Kes gangguan seksual babit guru, kakitangan dengan pelajar harus disiasat dengan teliti

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:37 AM | Show all posts |Read mode


KULLIN

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mahu setiap laporan kes gangguan seksual membabitkan guru dan kakitangan sekolah dengan pelajar disiasat dengan teliti terlebih dahulu.

Presidennya Kullin Djayang berkata pihak terbabit perlu hadir berjumpa pihak sekolah untuk memastikan keadaan sebenar sebelum membuat sebarang tuduhan.

"STU bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek), guru dan kakitangan sekolah yang didapati terbabit dengan jenayah seksual dalam kalangan pelajar akan dipecat.

"Namun begitu setiap laporan kes gangguan seksual yang dilaporkan harus disiasat dengan teliti. Kita tidak mahu ibu bapa hanya mendengar aduan daripada anak-anak tanpa mendengar penjelasan guru atau staf terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Biarlah kita mendengar penjelasan kedua-dua pihak untuk menentukan kesahihan tuduhan tersebut," katanya.

Kullin menegaskan, STU tidak akan berkompromi sekiranya benar guru atau kakitangan sekolah melakukan gangguan seksual ke atas pelajar.

Dalam pada itu beliau mahu KPM menggariskan dengan jelas jenis tindakan yang diklasifikasikan sebagai gangguan seksual membabitkan guru dan kakitangan sekolah dengan pelajar.

Ini kerana ujarnya, beberapa tugas guru atau kakitangan sekolah berkaitan aktiviti bersama pelajar seperti ketika bersukan dan latihan seni tarian, kadangkala melibatkan sentuhan fizikal yang tidak dapat dielakkan.

"Dengan tegasnya juga kita sebagai kesatuan guru menegaskan kepada semua ibu bapa agar tidak melakukan tuduhan tanpa bukti terhadap guru.

"Ini kerana tuduhan yang tidak berasas akan mengaibkan guru terbabit, oleh itu kita juga berhak mengambil tindakan saman malu terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan secara melulu," tegasnya.

Justeru ujarnya, semua perkara yang berlaku harus disiasat dan dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak sekolah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Fadhlina yang melaungkan amaran itu sambil menambah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dan berusaha memastikan sekolah menjadi tempat yang paling selamat kepada pelajar.

Media memetik Fadhlina sebagai berkata, terdapat peningkatan kes membabitkan gangguan seksual terhadap kanak-kanak ketika ini dan ia membimbangkan.

"Saya ingin menyampaikan amaran hari ini, jika terdapat sebarang kes jenayah seksual dalam institusi pendidikan `you touch, you go' (guru atau pentadbir akan dipecat).

"Kita kena sampaikan amaran itu supaya mereka faham bahawa kita serius untuk memastikan kes-kes (jenayah seksual) ini tidak akan berlaku di sekolah kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada perasmian Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam, Selangor semalam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059922 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list