CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7696|Reply: 0

[Sarawak] Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingat guna program kerajaan untuk tingkat prestasi

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:26 AM | Show all posts |Read mode


Uggah (tiga kanan), Richard (dua kanan) dan Datin Amar Doreen Mayang, isteri Uggah (empat kanan) merakam kenangan bersama wakil penerima geran di Spaoh semalam.

KUCHING: Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingatkan agar menggunakan program kerajaan untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka boleh mendaftar diri menyertai program anjuran kerajaan di pejabat residen berdekatan.

Menurutnya selepas mendaftar, Pejabat Residen akan mengemukakan permohonan mereka kepada jawatankuasa khas di Pejabat Kewangan Negeri.

"Ia akan diakses jika anda layak menyertai sesuatu program. Jika anda layak, latihan yang relevan akan diberikan.

"Dan jika mendapat atau diberi mana-mana kontrak, bantuan kewangan akan diberikan termasuk peralatan-peralatan lain diperlukan. Anda seharusnya melaksanakan sendiri kontrak yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan geran daripadanya dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dengan jumlah keselurahan RM414,800 kepada sebuah masjid, sembilan surau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Spaoh semalam.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata program seumpama itu merupakan langkah diambil kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melahirkan kontraktor Bumiputera yang sebenar.

Beliau menambah, program itu diumumkan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November tahun lalu.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/kontraktor-bumiputera-kelas-c-hingga-e-diingat-guna-program-kerajaan-untuk-tingkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.466348 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list