CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7730|Reply: 0

[Sarawak] Fadillah akan temui ketua parti pembangkang dengar permohonan mereka kepada kerajaan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:25 AM | Show all posts |Read mode


Fadillah (dua kiri) mengagihkan bubur lambuk kepada wakil penerima di Surau Al Hidayah Taman Sejoli, Kuching. Turut kelihatan Fazzrudin (kiri). - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti politik pembangkang minggu depan bagi mendengar permohonan mereka kepada kerajaan.

Menurut Fadillah, pertemuan tersebut sepatutnya berlangsung Selasa lepas namun ditangguhkan ke satu tarikh lain yang belum ditetapkan disebabkan ada hal lain.

“Sepatutnya Selasa lepas saya berjumpa dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee namun mereka minta tangguh sebab Datuk Takiyuddin ada hal lain.

“Jadi mungkin minggu depan (tarikh belum ditetapkan), tunggu mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al Hidayah Taman Sejoli di sini hari ini.

Ditanya tujuan pertemuan itu kelak, Fadillah berkata beliau mahu mendengar apa sebenarnya permohonan mereka untuk dikemukakan kepada kerajaan.
“Perdana Menteri sudah beri amanah untuk mereka berjumpa dan menyatakan apa kemahuan mereka.

“Selepas itu baru saya akan bentangkan kepada kerajaan untuk dibincangkan. Kemudian barulah berlaku perundingan,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata di Parlimen sudah beberapa kali berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan tentang peruntukan bagi kawasannya yang sehingga kini masih belum diterima.

Fadillah bagaimanapun berkata peruntukan daripada kerajaan untuk kawasan Parlimen Muar ada diberikan.

Hanya peruntukan untuk beliau (Syed Saddiq) sebagai Ahli Parlimen Muar sahaja yang masih belum diberikan, kata Fadillah.

Mengenai industri tanaman sayur yang dikuasai warga asing, Fadillah berkata undang-undang masih di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.

“Prosedur sedia ada masih terpakai dan dalam undang-undang masih di bawah bidang kuasa mereka,” ujarnya.

Terdahulu Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menyempurnakan simbolik pengagihan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk di Taman Sejoli dan sekitarnya.

Majlis pengagihan bubur lambuk tersebut merupakan anjuran Surau Al Hidayah Taman Sejoli dengan kerjasama JKKK Taman Sejoli, Taman Heritage, Taman Murni, Taman Long Seng, Taman Peaceful dan Taman Muhibah serta PBB Ranting Taman Sejoli.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.153411 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list