CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7724|Reply: 0

[Sarawak] SKE 2.0 tingkat pemahaman wanita akar umbi tentang landskap politik negeri

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:24 AM | Show all posts |Read mode


(Dari empat kanan) Hasidah dan Gerawat bersama para peserta SKE 2.0 yang meliputi ahli PBB cawangan Mulu selepas majlis penutupan semalam.

MIRI: Program ‘Sarawak Kita Empun 2.0’ (SKE 2.0) merupakan usaha untuk menerangkan kepada wanita di peringkat akar umbi mengenai perubahan dan pembaharuan landskap politik pada masa kini serta inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Program ini inisiatif Majlis Tertinggi Wanita (MTW) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai platform untuk menyalurkan maklumat penting dan tepat kepada rakyat khususnya golongan wanita.

Cawangan N.78 Mulu ialah cawangan ketiga yang mengadakan program ini selepas N.5 Demak Laut dan N.25 Simunjan.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah hadir merasmikan penutupan program anjuran MTW dan PBB Mulu ini di salah sebuah hotel di sini, petang semalam.

Hasidah juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja SKE 2.0 dan Naib Ketua Tiga, Wanita PBB Sarawak.

Tiga topik yang dibentangkan ialah 'Senario Politik dan Inisiatif Kerajaan GPS' oleh Bendahari PBB Sarawak merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, topik 'Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030' (PDCS2030) oleh Timbalan Ketua PBB Sarawak Datin Sri Angelina Ujang dan topik 'Media Sosial' oleh Naib Ketua Dua Wanita PBB Sarawak Umang Nangku Jabu.

Menurut Hasidah, topik-topik tersebut amat penting bagi mempersiapsiagakan jentera wanita PBB di peringkat cawangan dan ranting dalam persediaan awal untuk Perhimpunan Agung PBB Ke-16 pada tahun depan dan seterusnya Pilihan Raya Negeri Ke-13 pada 2026.

"Jentera kita terutama golongan wanita di peringkat akar umbi yang juga tulang belakang perjuangan parti dan politik memainkan peranan yang amat penting dan signifikan semasa turun padang," jelasnya.

Beliau berharap semua peserta akan dibekalkan dengan maklumat dan pengetahuan yang mencukupi serta jelas, tepat dan terkini untuk disebarkan kepada peringkat ranting.

Jelajah ini adalah usaha MTW turun padang berjumpa dengan wanita di peringkat cawangan, ranting dan akar umbi.

Dengan itu, MTW dapat mengenal wanita di akar umbi dengan lebih dekat dan mendengar permasalahan serta rintihan dan menjawab soalan mengenai topik yang kurang difahami sebelum ini.

Dengan itu, tindakan dapat diambil sebelum perhimpunan atau pilihan raya yang akan datang.

Program SKE julung kalinya diperkenalkan dan diadakan pada 2020.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke 15, senario politik telah berubah sekali lagi di mana kerajaan GPS menyertai Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

SKE 2.0 adalah program jangka panjang di mana MTWPBB akan turun padang ke setiap cawangan DUN yang sudah bermula dari Februari lalu hingga penghujung 2025.

Objektif jelajah ini juga bertujuan menerangkan hala tuju dan usaha terkini kerajaan GPS yang ke arah kemakmuran, inklusif dan kemampanan alam sekitar Sarawak terutama selepas menghadapi pandemik COVID-19 di mana ekonomi global telah terjejas.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Miri Datuk Gerawat Gala dan Ketua Penerangan Wanita PBB Sarawak merangkap Ketua Wanita PBB Mulu Datin Esther Mujan Balan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056915 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list