CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7762|Reply: 0

[Sarawak] Menyantuni golongan memerlukan juga eratkan hubungan masyarakat

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:21 AM | Show all posts |Read mode


Pang (dua kiri) bersama Iskandar (tiga kiri) dan Shahrul (dua kanan) menyerahkan makanan sampingan untuk dimakan bersama juadah utama pada majlis berbuka puasa kepada anak-anak yang juga peserta program tersebut semalam.

BINTULU: Membantu golongan yang memerlukan adalah usaha terbaik untuk meringankan beban hidup mereka, sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, pendekatan itu bukan sahaja meningkatkan amalan baik dalam kalangan masyarakat bahkan menyantuni masyarakat yang ada terutama yang daif.

"Kita membantu dan meluangkan masa bersama-sama ketika berbuka puasa, berkongsi pengalaman dan ilmu agama untuk saling memberi sokongan dan inspirasi antara satu sama lain adalah usaha yang dapat mengeratkan hubungan dan membantu masyarakat memerlukan," ujarnya.

Justeru Pang berharap program seumpamanya bukan sahaja menerapkan perkongsian ilmu dalam aktiviti diadakan bahkan memberi kesedaran mengenai usaha saling membantu, berkongsi rezeki dengan memastikan bantuan makanan diberikan kepada golongan memerlukan dimanfaat sepenuhnya tanpa berlaku pembaziran.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Putra Kasih Ramadan 2024 1445 Hijrah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu, petang semalam.

Hadir sama ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pengarah Kampus UPMKB Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini, pengurusan dan para pelajar UPMKB serta pengurusan Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu.

Dalam perkembangan lain, Pang melihat unsur-unsur murni golongan penyumbang yang berusaha menyantuni semua lapisan masyarakat dan menghormati perbezaan hidup setiap orang dalam masyarakat.

Beliau menghargai dan berterima kasih kepada pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 4 UPMKB dengan kerjasama Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) menganjurkan program itu.

Selain sumbangan berupa makanan dan majlis berbuka puasa bersama, aktiviti utama lain dalam mengimarahkan masjid dan bulan Ramadan yang diadakan dalam program itu ialah sesi kuiz edisi Ramadan, Sayembara Putra Azan, Kreatif Poster Ramadan dan Kad Hari Raya, Pertandingan Bercerita, 'Ramadan 2024: Jom Masak Sedap Bersama Cef' dan lain-lainnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073887 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list