CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7754|Reply: 0

[Sarawak] Segera bina paip baharu atasi isu air di Sibu Jaya

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:18 AM | Show all posts |Read mode


TIONG

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Sri Tiong King Sing meminta Lembaga Air Sibu (LAS) segera menerima pakai 'pelan kecemasan' untuk membina paip air baharu ke kawasan Sibu Jaya.

Menurutnya, beliau menerima makluman daripada LAS bahawa kerosakan paip air berdekatan dengan Stesen Petronas di Jalan Tunku Abdul Rahman disebabkan oleh jarak yang terlalu dekat antara paip air dan tangki minyak stesen minyak berhampiran.

"Jika pembaikan dilakukan secara terburu-buru tanpa kajian yang teliti, tangki bahan api mungkin terbakar dan meletup secara tidak sengaja.

"Oleh itu, saya meminta pihak berkuasa untuk segera menerima pakai 'pelan kecemasan' dan memulakan pembinaan segera demi menyediakan bekalan air yang stabil kepada penduduk Sibu Jaya dalam masa 24 jam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiong berkata, masalah tekanan air yang teruk di Sibu Jaya masih belum dapat diselesaikan selama beberapa hari sehingga menyusahkan banyak isi rumah dan menjadikan jumlah penduduk yang tidak terhitung sengsara pada masa ini.

Sehubungan itu, beliau meminta LAS untuk segera menghantar lori air ke kawasan terjejas bagi membekalkan air untuk meringankan keperluan mendesak penduduk sebelum projek paip air baharu itu siap.

"Tidak ada ruang untuk berkompromi! Jabatan kerajaan perlu menangani dengan segera dan teliti semua isu berkaitan infrastruktur dan sumber awam yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

"Jangan gunakan sejarah sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kepada orang ramai. Fikir, rancang, dan inovasikan penyelesaian yang lebih baik, hindari masalah berulang yang akan memberi kesan kepada generasi akan datang," tegasnya yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Justeru, beliau mengingatkan LAS agar menangani masalah dengan segera jika berlaku situasi yang sama pada masa akan datang.

"LAS perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan bekerja keras untuk menghalang bekalan air harian daripada menjadi ‘hak keistimewaan’ bagi penduduk Sibu Jaya.

"Di pihak kami, kakitangan kami di pusat khidmat Dudong juga mesti mempercepatkan kewajipan mereka untuk membuat tindakan susulan dan menghubungi pihak berkuasa dengan lebih aktif sebelum rakyat terpaksa menghadapi masalah jangka panjang," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyeru Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak untuk mengambil serius perkara tersebut.

Pada masa yang sama, Tiong juga berharap masalah bekalan air terputus itu tidak berulang lagi.

"Semua pegawai kerajaan perlu bangun sekarang dan membantu kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menunaikan janji kepada rakyat selaras dengan slogan 'Rakyat Diutamakan'," tambahnya lagi.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/segera-bina-paip-baharu-atasi-isu-air-di-sibu-jaya-tiong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list