CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22092|Reply: 97

[Tempatan] KK Mart minta maaf, tolong jangan boikot kami

  [Copy link]
Post time 17-3-2024 11:35 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya yang tular di media sosial.


Pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan oleh pihaknya.


Katanya, sepanjang tempoh 23 tahun mengusahakan perniagaan itu, syarikat itu tidak pernah melakukan kesilapan seumpama itu, apatah lagi ia sesuatu yang sensitif.

“Saya sendiri tidak boleh terima penjualan stoking yang tertera  tulisan kalimah Allah, apatah lagi mahu mencetak produk berkenaan.


“Sebagai Pengasas KK Mart saya sangat kesal dan mohon maaf secara terbuka atas perkara yang berlaku beberapa hari lalu (penjualan stoking kalimah Allah),” katanya dalam satu sidang media khas di ibu pejabatnya di Menara KK di Bandar Tasik Selatan hari ini.


Mengulas lanjut, KK Chai berkata, sebagai ahli perniagaan di negara ini, beliau sudah cukup arif dan peka dengan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa dan agama.


Sebab itu, sebaik sahaja stoking kalimah Allah itu tular di media sosial pada 13 Mac lalu, pihak pengurusannya telah mengambil tindakan pantas dengan memohon maaf di platform media sosial selepas dua jam mengetahui perkara tersebut.


“Perkara sudah terjadi dan kita tidak mahu hanya memberikan alasan tetapi  mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku dan menjamin akan lebih berhati-hati dan berfokus selepas ini mengelak perkara sama berulang lagi.


“Sebagai langkah susulan, kami juga telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi 14 Mac lalu dan memberi kerjasama kepada siasatan pihak polis.


“Pada masa sama, kami juga sudah menghantar surat penerangan menerusi e-mel kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta pihak jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam agama Islam berhubung isu ini.


“Semua tindakan ini sebagai kesediaan kami untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk siasatan selepas ini,” katanya lagi.


Ditanya keberadaan produk stoking itu dalam pasaran di KK Mart, KK Chai berkata, produk itu disediakan oleh pembekal menerusi sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka tersebut.


“Sebenarnya, pembekal ini diberi tempat dalam kedai serbanekan kami untuk menjual produk yang proses, dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat berkenaan tanpa pemantauan daripada pekerja kami.


“Di sini jelas belaku kelemahan sistem kami yang menyerahkan sepenuhnya kepada pembekal meletakkan produk di rak sehingga mengundang insiden sensitif ini.


“Kami berjanji akan lebih bertegas selepas ini serta akan baik pulih prosedur operasi standard (SOP), antaranya membuat pemeriksaan secara rapi terhadap sesuatu produk yang diterima dari pembekal selepas ini,” menurut beliau lagi.


KK Chai berkata, hasil pemeriksaan di semua 800 cawangan KK Mart di seluruh negara, terdapat tiga premis dengan 14 pasang  stoking berkenaan dikesan.

Ia termasuk cawangan KK Mart  Bandar Sunway seperti ditularkan di media sosial.


“Selepas disemak dengan pengurus cawangan itu, kami bernasib baik kerana stoking berkenaan tiada yang terjual,” katanya lagi.


Rentetan insiden itu, beliau telah menghantar tiga surat menuntut sebab kepada pembekal tersebut.


Dalam sidang media sama, Chai dilihat gagal menahan sebak dan menangis sambil merayu orang ramai supaya tidak memboikot KK Martin ekoran insiden itu.


“Saya harap tiada tindakan boikot terhadap KK Mart dan saya bersedia untuk berjumpa semua pihak bagi menjelaskan perkara ini termasuk Ketua Pemuda UMNO (Dr Akmal Saleh) yang ada membuat kenyataan boikot sebelum ini.


“Kami tidak lari dan memang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini selain minta maaf secara terbuka kepada masyarat terutama yang beragama Islam.


“Kami tahu betapa marahnya orang ramai terhadap KK Mart selepas insiden ini.. perkara ini bukan disengajakan dan kami akui kesilapan telah berlaku..beri ruang dan peluang untuk kami betulkan segera,’ tegasnya lagi.-MalaysiaGazette


Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 62 Users voted

Count down: 8838 Days11 Hours22 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
"Haiya Cik Siti, pelempuan manyak muta.  Ana manyak susah yalan tutup mata.  Uwang tan linggit, ana tatak helan.  Tapi tutup mata ana tak tentu yalan.."
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 11:59 PM | Show all posts
u go girl!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg x beli kat kk mart ni. Mahal. Baik beli kat 99 speed mart. Aritu haus sgt beli air mineral gambar soep je harga 2 hengget lbh. Padahal botol kecil je. Ada gambar soep kwsp plk tu. Eewwwww sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
I jarang masuk KK mart sebab barang² mahal. Setakat masuk pun time nak cepat, beli air mineral atau roti je. KK mart area rumah ni ada 4. 2 yang I pernah masuk tu, cashier semua melayu, peramah² semua. Yang sorang tu dah mak² orang, pernah ternampak dia dengan anak. Kalau boikot berkesan dan
diorang hilang kerja, semoga ada rezeki kat tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat kelantan xde kkmart.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Apek ni jadi takut. Nampak benar dia jadi kaya dengan duit orang melayu. Siap ada bangunan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry not sorry forever akan boikot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 18-3-2024 12:07 AM
I jarang masuk KK mart sebab barang² mahal. Setakat masuk pun time nak cepat, beli air mineral atau ...

Samalah, SG pon rasa KL mart ni mahal. X tau lah org lain sedar ke x. KK mart ni ala2 harga level 7e tapi feel kedai tu mcm speedmart. 7e nampak la kedai mahal skit sbb tersusun ala2 fam mart. KK mart ni kadang x tersusun, mcm serabut. Kemas lagi speedmart
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la terketar takut mengenangkan nasib Starbuck, mcd n KFC....boleh bankrap oo. Cina kaya kat msia sbb melayu mempunyai kuasa beli terbesar..nak harapkan geng kapir n melayu liberal mmg x cukup la
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
HQ, Menara KK kat Bandar Tasik Selatan rupanye.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kaitan dobi2 ke

Sbb kkmart ni amek soeb jongos jadi duta...

Buble bee pun sendu tp cawangan merata

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 18-3-2024 12:22 AM
Samalah, SG pon rasa KL mart ni mahal. X tau lah org lain sedar ke x. KK mart ni ala2 harga level  ...

Apa i rasa psal kk mart sbjik mcm uols explain. Rupa bughok mcm 99 tp rege mcm 7E. Nk tau gaji besor ke keje kk mart ni? Ke kayakan owner racist tu jah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-3-2024 01:13 AM
Apa i rasa psal kk mart sbjik mcm uols explain. Rupa bughok mcm 99 tp rege mcm 7E. Nk tau gaji bes ...

Aku suka ja kk mart sebab dia 24 jam, harga mahalnsikit tp semua benda dia ada, thinner pun ada dlm ni
Tp mcm dikuasai oleh kaum india ja..semua cashier india
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
masa staff tu display stokin kat kaunter tak kan tak perasan? setiap stok yg sampai kat loading bay akan ada staff yg check & kira kuantiti. mustahil blh terlepas. sesuatu sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 18-3-2024 02:36 AM

Aritu aku careless terpakai kasut sebelah lain..nk kluo mkn ada kk mart..laki aku beli selipar cabuk je pon rm14..klu desperado kat bali ke phuket hatra london sekali pon rm15 aku blh redho ni kk mart .terbyg selipar  murah kt kedai rm2.40.mentang2 dia bukak 24 jam..standard  sama rege dgn 7 e.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 18-3-2024 01:57 AM
Aku suka ja kk mart sebab dia 24 jam, harga mahalnsikit tp semua benda dia ada, thinner pun ada dl ...

Tu je la kelebihan dia. I pegi sekali dua je kalau terpaksa sgt sbb mahal kaw2. Klau dkt dgn NSK better pegi NSK. Zmn pre covid dlu best sbb tesco n giant tutup lambat. Rindunya zmn tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
KK Mart ni kelebihannya ada di mana-mana.Byk  brg ada. Kalau ikutkan rega tak semurah mana. Masuk setakat beli Clorox, Panadol.. mineral water boleh lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Konsep convenience store dgn hypermarket biasa x sama...mmgla harga mahal..convenience store tu mcm 7E..KK mart...beroperasi 24jam..x sama dgn econsave, mydin, lotuss, Aeon, Giant semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 18-3-2024 01:57 AM
Aku suka ja kk mart sebab dia 24 jam, harga mahalnsikit tp semua benda dia ada, thinner pun ada dl ...

Cina..boss besar dia .bukan india...ai biasa pi HQ kk mart dan berurusan dgn HQ kkmart ..jumpa salah sorang keluarga Chai ni juga..dan berurusan dgn manager , bahagian promotion kat sana juga..manager melayu..bangla tu dia ambil untuk jaga outlet..mana ada org nk jaga kedai 24jam sgt kalau gaji rendah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.119716 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list