CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12632|Reply: 1

[Sarawak] Lelaki rugi lebih RM8,000 terpedaya iklan pinjaman wang di Instagram

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:13 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Gara-gara terpedaya dengan sindiket pinjaman wang tidak wujud menerusi iklan pinjaman wang dalam talian, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, di sini, mengalami kerugian berjumlah RM8,100.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerima laporan polis dari mangsa pada Jumaat.

“Mangsa terpedaya dengan satu iklan daripada laman sosial Instagram yang menyatakan pinjaman daripada satu institusi kewangan.

“Mangsa kemudiannya berurusan dengan seorang individu iaitu suspek yang tidak dikenali untuk membuat pinjaman sebanyak RM30,000,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Alexson memberitahu, mangsa membuat lima kali transaksi dalam talian sebagai pembayaran proses pinjaman, pendahuluan, yuran pengesahan, duti setem dan bayaran yuran kedua akaun pihak ketiga.

“Mangsa hanya menyedari dirinya diperdaya dalam urusan pinjaman tersebut selepas diminta untuk membayar lagi atas pelbagai alasan daripada suspek dan masih tidak menerima wang pinjaman tersebut.

“Ekoran itu, mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM8,100,” ujarnya.

Menurut Alexson, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan sebat dan juga denda.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada orang yang tidak dikenali.

“Berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila berurusan melalui dalam talian khasnya semasa membuat pinjaman, urusan rasmi dan berkaitan dengan perbankan serta buat semakan dan pengesahan awal kepada pihak terlibat jika perlu.

“Masyarakat digalakkan untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber seperti phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.

“Selain itu, buat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

“Disarankan juga memuat turun aplikasi Whoscall melalui Google Play Store atau Apple Store, kerjasama di antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pembangun aplikasi Whoscall membolehkan nombor telefon yang tersenarai dalam pangkalan data sistem Semak Mule JSJK akan ditandakan sebagai scammer oleh Whoscall,” jelasnya.

Di samping itu, layari Facebook JSJK, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Sarawak bagi mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 02:48 PM | Show all posts
Wlaupun syarikat kredit komuniti claim ada lesen, ada je yang masih perangai macam ah long. kalau boleh survey pinjaman bank dulu untuk lg selamat. Antaranya, pinjaman bank rakyat. Boleh baca lebih

https://www.directlending.com.my ... nt=pinjaman-terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list