CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12676|Reply: 0

[Sarawak] Arifin bantu empat kampung yang terputus bekalan air graviti akibat kemarau

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:07 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Arifin sedang berbincang dengan Ibrahim semasa di LRA Membakut sementara menunggu bekalan air bersih yang dimuatkan dalam lori tangki untuk diagihkan kepada kampung-kampung terjejas.

# Dengan menghantar bekalan ke kampung terjejas menggunakan lori tangki air

MEMBAKUT: Empat buah kampung yang terputus bekalan air graviti akibat kemarau mendapat agihan segera bekalan air bersih, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Arif.


Mengulas lanjut, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, kampung-kampung yang terjejas itu telah menerima agihan bekalan air bersih sejak beberapa minggu lalu.


"Penghantaran bekalan air bersih ini telah diagihkan ke Kampung Tiong Baru, Kampung Poring, Kampung Kiulu Baru dan Kampung Tamalang menggunakan lori tangki air.


"Empat buah kampung ini terjejas selepas bekalan air graviti mereka kering susulan kemarau panjang akibat fenomena El Nino yang melanda ketika ini.


"Agihan bekalan air ke semua kampung ini telah dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu dan secara berterusan manakala penghantaran dibuat seminggu sekali.




TINJAU: Arifin meninjau kerja-kerja agihan bekalan air bersih ke tangki simpanan penduduk Kg Tiong Baru sempena lawatan itu.

"Usaha ini juga sebagaimana ditegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang mahu bantuan air dilaksanakan walaupun sebelum diisytihar darurat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Tinjauan Bekalan Air, dekat sini kelmarin yang turut disertai Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.

Sempena program itu, Arifin telah mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Membakut dan turut meninjau kerja-kerja pengagihan bekalan air sumbangan beliau di empat buah kampung terjejas itu.

Semasa lawatan ke LRA Membakut Arifin dimaklumkan bahawa loji itu mampu membekalkan 17 juta liter air setiap hari untuk kawasan Membakut termasuk juga Kuala Penyu dan Bongawan.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak tiga juta liter bekalan air disalurkan ke Bongawan manakala tiga juta liter ke Kuala Penyu dan selebihnya di beberapa kawasan berdekatan lainnya.

"Ketika ini kita mempunyai 10.5 juta liter simpanan air melibatkan dua buah tangki penyimpanan masing-masing berkapasiti enam juta liter dan 4.5 juta liter," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/arifin-bantu-empat-kampung-yang-terputus-bekalan-air-graviti-akibat-kemarau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.144456 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list