CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12777|Reply: 0

[Sabah] RM5 juta dijana menerusi dua kumpulan pelancong China ke Sabah

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:05 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Kumpulan MICE dari Beijing, China merakamkan gambar kenangan di Semporna.

KOTA  KINABALU: Sejumlah RM5 juta pendapatan berjaya direkodkan sektor pelancongan Sabah baru-baru ini berikutan dua kumpulan pelancong dari China melawat ke negeri ini.

Salah satu daripada lawatan berkenaan adalah mengadakan MICE (Meeting, Incentive, Conference, and Exhibition) di sini.

Pengerusi Sri Pelancongan Sabah, Ken Pan Ying On berkata, pakej percutian selama dua minggu di Sabah dan majlis gala tahunan syarikat yang diadakan di sini itu telah menjana pendapatan besar kepada pemegang taruh pelancongan di sini, Kudasang, Tuaran dan Semporna.

"Ini adalah permulaan positif sektor pelancongan di Sabah untuk 2024, kumpulan MICE sememangnya mempunyai kuasa berbelanja tinggi dan ini akan memperkasakan lagi ekonomi tempatan.

"Rangkaian penerbangan juga telah bertambah baik, sekali gus membolehkan lebih ramai pelancong dari bandar utama di China hadir ke Sabah dengan penerbangan terus.

"Kini lebih ramai pelancong luar negara, China khususnya boleh menikmati pelbagai jenis pakej pelancongan di sini termasuk destinasi yang melibatkan pemandangan, kebudayaan, selaman, mendaki gunung, pengembaraan dalam hutan dan banyak lagi," katanya.

Menurutnya, dari hujung Februari sehingga awal Mac ini, Guangzhou HuanYa Holidays dan Sabah Perfect Holidays bekerjasama untuk membawa sejumlah 182 pelancong (industri kecantikan) dari Wuhan ke sini.


MENARIK: Kumpulan MICE dari Beijing China ketika menikmati pemandangan paya bakau menerusi Kawa-Kawa River Cruise di Tuaran.

"Dalam tempoh ini, para pelancong itu memuji sumber alam marin Sabah selain menikmati pemandangan langit dan lautan yang biru. Selain itu, mereka juga menikmati pusat penginapan mewah dan makanan laut yang segar.

"Kumpulan kedua pelancong seramai 450 orang adalah dari industri IT di Beijing yang hadir di sini dalam bentuk empat kumpulan kecil.

"Pengembaraan ini dijayakan Beijing Mafengwo, Guangzhou HuanYa Holidays, Sabah Happy Holidays dan Kuala Lumpur New Morning Travel.

"Mereka tinggal enam hari di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa dan melaksanakan majlis tahunan syarikat mereka," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Katanya, para pelancong itu turut menyertai akvititi sukan air, pemandangan matahari terbenam, eko pelancongan di hutan paya bakau, Gunung Kinabalu dan banyak lagi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew ketika dihubungi berkata, Sabah kini menerima momentum baik dari usaha mempromosi negeri ini sebagai destinasi MICE.

"Dengan pulihnya pasaran pelancongan China secara berperingkat, kementerian ini menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan lebih aktif memperkenalkan pembangunan sektor pelancongan di negeri ini, pada masa sama kita juga menerima sokongan yang semakin meningkat dalam sektor pelancongan perniagaan yang bertaraf tinggi.

"Kini dengan tertubuhnya Biro Konvensyen Sabah (SCB), kami menjangkakan lebih ramai kumpulan MICE dari China dan negara lain akan berkunjung ke negeri ini pada tahun ini," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048582 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list