CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12781|Reply: 0

[Sabah] Pelancong wajib pakai jaket keselamatan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode


MALANG: Lokasi kejadian insiden lemas membabitkan pelancong China baru-baru ini.

KOTA  KINABALU: Para pelancong diminta untuk memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti renang, selaman dan snorkeling.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, memakai jaket keselamatan ketika berada di laut atau persisiran pantai adalah penting bagi mengelakkan sebarang insiden negatif.

"Mengambil langkah keselamatan adalah untuk kebaikan diri sendiri, jangan mengambil risiko walaupun anda mahir berenang," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas kejadian lemas melibatkan pelancong China berusia 51 tahun di sini baru-baru ini.

Katanya, kepulauan di sekitar bandaraya ini sangat popular sebagai destinasi pelancongan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

"Kejadian di pantai Pulau Sapi baru-baru ini adalah insiden sangat menyedihkan, kita tidak boleh membolehkan tragedi seumpamanya berlaku kerana ia mampu menjejaskan imej industri pelancongan kita," katanya.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim memaklumkan kepada Christina bahawa terdapat 400 pengunjung dan pelancong di pulau berkenaan pada masa insiden berkenaan berlaku.

Taman-taman Sabah adalah agensi di bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Kajian akan dilakukan sama ada terdapat keperluan untuk menambah jumlah penyelamat pantai (lifeguards) di pulau-pulau yang menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan luar negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.094080 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list