CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12607|Reply: 0

[Sarawak] Jenazah Konstabel Iskandar selamat dikebumi di Kemuyang

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:01 PM | Show all posts |Read mode


Mancha menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham Iskandar Ibrahim pada upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang, Sibu petang tadi.

SIBU: Jenazah Konstabel Iskandar Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang pada jam 5.45 petang hari ini.

Terdahulu, van jenazah yang membawa jenazah allahyarham dari Hospital Kapit tiba di Masjid Jabal Annur, Kapit untuk solat jenazah pada jam 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata, selepas solat jenazah, penghormatan terakhir diberikan oleh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit sebelum van jenazah bertolak menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kemuyang di Sibu.

Katanya, perjalanan van jenazah mengambil masa lebih kurang tiga jam dari Kapit ke Kemuyang.

"Jenazah Iskandar dikebumikan mengikut istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata yang turut hadir telah menyampaikan bendera Sang Saka Biru kepada isteri Allahyarham Anis Nur Izzati Rosdi," katanya.

Lebih kurang 350 orang yang terdiri daripada warga PDRM, ahli keluarga dan rakan berkumpul di tanah perkuburan ketika upacara pengebumian dimulakan kira-kira jam 5.30 petang.

Allahyarham Iskandar, 28, bersama seorang lagi anggota iaitu mendiang Jonathan Lambet, 51, merupakan dua anggota polis dari IPD Kapit yang terkorban apabila bot yang dinaiki bersama tiga lagi individu karam selepas melalui pusaran air berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh pada jam 5 petang, 7 Mac lalu.

Hanya seorang mangsa terselamat iaitu Moses Ngui, yang diselamatkan oleh orang awam ketika kejadian.

Mayat Iskandar ditemui terapung di kawasan Seputin kira-kira tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) di Waf Kubu di Kapit pada jam 11.30 pagi Jumaat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062689 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list