CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13863|Reply: 0

[Sarawak] Operasi berterusan kekang kehadiran pengemis warga asing di bandar utama

[Copy link]
Post time 17-3-2024 08:10 PM | Show all posts |Read mode


Nancy menyampaikan sumbangan Ramadan kepada salah seorang penerima pada Program Ilya Ramadan dan Sumbangan Ramadan Kawasan Parlimen Santubong, hari ini. Turut kelihatan, Dr Abdul Rahman (tiga kiri). - Gambar Penerangan

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalankan operasi bersepadu secara berterusan bagi mengekang kehadiran pengemis warga asing di bandar-bandar utama di negara ini.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, isu pengemis warga asing ini bukan perkara baharu dan aktiviti penguatkuasaan dijalankan secara berterusan melibatkan banyak pihak.

"Ramai telah dikenal pasti dan sebenarnya ada sindiket dan ini yang membuatkan kita terpaksa menguatkan lagi penguatkuasaan kita bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak bandar raya, polis, imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Semua bekerjasama untuk pastikan penguatkuasaan itu berkesan bukan sahaja JKM, jika didapati warga asing, imigresen akan ambil tindakan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ilya Ramadan dan Sumbangan Ramadan Kawasan Parlimen Santubong di Surau Darul Hijrah, Darul Hana di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti)  serta yang lain.

Ujar Nancy lagi, kehadiran pengemis warga asing ini dilihat lebih ramai pada bulan Ramadan terutama di Semenanjung Malaysia.

Situasi ini katanya, mungkin juga disebabkan sikap rakyat Malaysia yang pemurah lebih-lebih lagi dalam menyambut bulan Ramadan.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati semasa bersedekah.

Terdahulu pada program tersebut, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong menyampaikan sumbangan kepada 432 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan golongan memerlukan dari 14 kampung di kawasan Pantai Damai.

Sumbangan tersebut disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah Ketua Pegawai Eksekutifnya Nordina Haron.

Nancy dalam pada itu berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penerima dalam menyambut bulan Ramadan ini, sekali gus memberi galakan kepada yang lain untuk turut sama membantu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.919897 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list