CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13869|Reply: 0

[Borneo] Nanta percaya ahli politik tidak pernah bersara

[Copy link]
Post time 17-3-2024 08:09 PM | Show all posts |Read mode


Nanta menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima sijil Jasamu Dikenang disaksikan oleh Gerawat (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain.

MIRI: "Saya percaya ahli politik tidak pernah bersara tetapi tiba masanya, perlahan-lahan penglibatan mereka 'memudar'," kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Nanta berkata demikian kerana beliau kerap ditanya bila beliau akan bersara dari dunia politik.

"Mereka mungkin berfikir mereka telah bersara, tetapi sebenarnya penglibatan mereka sahaja dikurangkan. Namun suara, pandangan dan pendapat mereka masih diperlukan bagi mengukuhkan lagi perjuangan parti," jelas beliau.

Sehubungan itu, Nanta yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu ahli yang telah bersara untuk terus memberi pandangan kerana PBB dan Sarawak masih memerlukan khidmat mereka.  

Beliau berkata demikian merasmikan Majlis Jasamu Dikenang anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut Nanta, sebagai antara orang lama dalam parti, beliau percaya PBB juga amat memerlukan suara anak-anak muda bagi meneruskan perjuangan parti.

Beliau memberitahu, PBB cukup dikenali dengan struktur organisasi tersusun, termasuk penyediaan barisan pelapis bagi meneruskan warisan kepimpinan berpaksikan semangat toleransi dan kesepakatan.

Beliau juga percaya pimpinan yang lebih berpengalaman mesti tahu masa dan ketikanya untuk  menyerahkan tanggungjawab dan kepercayaan kepada pemimpin yang lebih muda dan terus memberikan sokongan kepada mereka dengan ikhlas.

"Kita harus percaya kepada keupayaan pemimpin muda untuk mengemudi perjuangan dan kurangkan campur tangan kerana itu akan memberi mereka satu motivasi dan semangat untuk terus memberikan yang terbaik. Percaya dan yakin kepada keupayaan mereka," jelasnya.

Nanta turut mengingatkan ahli untuk memastikan keharmonian parti terus terjaga dan tidak bersikap melaga-lagakan pemimpin dan generasi muda.

Ahli seharusnya berbalik kepada perjuangan dan kepentingan parti bersandarkan kepada semangat, berkorban, bersatu.

Menurut Nanta, Sarawak kini berada dalam fasa yang positif di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana bijak, mempunyai visi dan misi yang jelas bagi mengemudi Sarawak Maju Makmur menjelang 2030.

Tentang majlis tersebut, ia menjadi platform tepat untuk merai dan menzahirkan penghargaan kepada ahli parti yang sentiasa komited dan setia dalam memberikan perkhidmatan, kesetiaan dan kesepaduan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan objektif parti dapat dicapai.

Seramai 56 ahli PBB Cawangan Mulu menerima penghargaan atas sumbangan mereka kepada parti.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala, Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak Datin Sri Angelina Ujang, Ketua Pergerakan Wanita PBB Mulu merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Wanita PBB Sarawak Datin Esther Mujan Balan dan pengerusi pengelola Catherine Awing Wan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.851906 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list