CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7518|Reply: 0

[Sarawak] KMKK perlu budayakan prinsip 4T sebagai pemimpin akar umbi

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan (empat kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang KMKK (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Mong (tiga kanan), Dayang Noorazah (dua kiri), Juanda (tiga kiri) serta yang lain.

SRI AMAN: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) perlu membudayakan prinsip 4T iaitu Tegap, Teguh, Tegas dan Taat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, setiap KMKK harus mempunyai sifat tersebut dalam menjalankan tugasan dan taat kepada pemimpin.

Walau bagaimanapun katanya, ini tidak bermaksud menghalang KMKK mengemukakan pandangan yang berbeza bagi manfaat masyarakat akar umbi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin berkata demikian pada Majlis Penutupan Kursus Modul Kepimpinan Integriti Masyarakat (MKIM) di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, KMKK perlu menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat khususnya generasi muda sebagai usaha melahirkan pemimpin berintegriti.

Jelasnya, perkara ini boleh ditampilkan melalui kepimpinan yang berkonsepkan integriti serta mengamalkan nilai-nilai baik dalam melaksanakan tugasan.

Hadir sama pada kursus berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling, Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasam dan Penolong Pegawai Daerah Lingga Nurshazani Salihin.

Kursus berkenaan telah disertai seramai 38 KMKK dari Daerah Pantu dan Lingga.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059825 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list