CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6538|Reply: 0

[Sarawak] Kekalkan penganjuran bazar Ramadan sebagai langkah memupuk perpaduan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:25 PM | Show all posts |Read mode


Harden (kanan) membeli juadah berbuka puasa semasa berkunjung ke Bazar Ramadan Sri Aman pada Khamis.

SIMANGGANG: Penganjuran bazar Ramadan harus dikekalkan sebagai salah satu langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, ia harus pelihara agar masyarakat dapat menikmati keharmonian kaum dan agama di samping merasai kemakmuran Sarawak.

"Tradisi ini harus dimurnikan dan dikekalkan agar masyarakat dapat menikmati keharmonian kaum dan merasai kemakmuran di Sarawak dalam menuju negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Bazar Ramadan Sri Aman di sini pada Khamis.

Harden berkata, keunikan pelbagai masyarakat menyambut perayaan kaum lain mampu menjadi daya tarikan kepada para pelancong yang berkunjung ke negeri.

"Di samping menyambut perayaan yang bakal tiba, mengadakan bazar Ramadan dapat menarik para pelancong untuk melihat sendiri keunikan kaum di Wilayah Sarawak menyambut perayaan dalam kepelbagaian budaya dan agama," katanya.

Selain itu katanya, para peniaga pula menggunakan peluang yang sedia ada sebagai usaha tambahan untuk menambah pendapatan keluarga.

Menurutnya, para pelanggan menggunakan peluang untuk mencuba pelbagai juadah yang disediakan sambil bertemu dengan rakan dari pelbagai kaum dan agama yang turut berkunjung ke bazar tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058315 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list