CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5994|Reply: 0

[Sarawak] Pertanian moden lebih produktif, beri pendapatan lebih lumayan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode


Friday (tiga kiri) meluangkan masa melepaskan anak ikan di Sungai Tekurap, Bila Dua, Kabo.

SARATOK:   Komuniti tani digalakkan beralih kepada konsep pertanian moden yang lebih produktif dan mampu memberikan pendapatan yang lebih lumayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik berkata, konsep pertanian moden dilihat mampu menjana pendapatan yang lebih banyak dan juga mempermudahkan lagi kerja-kerja bertani.

"Jika kita ingin mengusahakan pertanian yang berskala lebih besar dan secara domestik, konsep pertanian moden ini mampu mengurangkan kita kepada penggunaan tenaga kerja yang ramai.

"Konsep pertanian secara moden ini lebih banyak bergantung kepada mesin-mesin serta teknologi moden dalam urusan kerja dan ia lebih mudah jika kita mampu menguasai bidang ini.

"Oleh yang demikian, kerajaan sentiuasa mengalu-alukan dan menggalakkan golongan tani di negeri ini menggunakan konsep pertanian moden ini kerana mampu melonjakkan sumber pendapatan mereka jika ia diuruskan dengan lebih sistematik dan terancang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian  Agriculture Community Outreach Programme (Agricop) yang telah berlangsung di Rumah Kunjan, Bila Dua, Kabo, pada Jumaat.

Program ini adalah anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dan turut disertai oleh beberapa agnesi kerajaan yang lain.

Menurut Friday, dalam merealisasikan impian dan merancakkan lagi aktiviti pertanian di kawasan ini, Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) turut menyediakan peruntukan khas untuk memantapkan sektor pertanian di kawasan ini.

"Bagi memajukan sektor pertanian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian ini, BDDA telah mengagihkan peruntukan berjumlah RM4 juta.

"Justeru, bagi komuniti tani yang berminat dengan sektor pertanian moden dan berskala besar, mereka dialu-alukan untuk berjumpa dengan pihak kita untuk merebut peluang yang ada ini untuk memajukan diri.

"Perkara yang paling penting itu ialah kesungguhan, keazaman, keyakinan diri, tapak dan rancangan itu perlu ada, bagi memastikan perkara yang dirancang itu akan menjadi kenyataan dan kejayaan itu bakal dinikmati," tegas Friday lagi.

Dalam majlis yang sama juga, Friday turut menyampaikan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000.00 kepada JKKK Rumah Kunjan dan RM8,000.00 kepada Biro Wanita Rumah Kunjan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.057273 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list