CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6098|Reply: 0

[Sarawak] Peniaga bazar Ramadan disaran guna pembayaran digital

[Copy link]
Post time 17-3-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode


Len memasang apron kepada seorang peniaga di bazar Ramadan di Sarikei.

SARIKEI: Pengusaha dan peniaga di bazar Ramadan diseru agar menggunakan kaedah pembayaran atau pemasaran secara digital untuk aktiviti urus niaga mereka.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah ini amat penting sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk memantapkan perkembangan ekonomi digital di negeri ini.

"Kita amat berharap para peniaga dan pengusaha gerai jualan di bazar ini dapat bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam menyahut seruan dan merealisasikan impian ini untuk merangsangkan  pembangunan ekonomi di masa akan datang.

"Konsep perniagaan seumpama ini adalah lebih global dan pendekatan seumpama ini telah dilihat mampu memberi impak yang positif kepada pembangunan ekonomi dan perniagaan.

"Kita mahu para peniaga dan pengusaha gerai di bazar ini, berjinak-jinak dengan sistem ini dan menjadikan peluang perniagaan seunmpama ini sebagai platform ke arah pemahaman dan penguasaan kepada perniagaan secara digital, samada dalam konsep pembayaran mahupun pemasaran," kata Len.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis perasmian Bazar Ramadan Sarikei di perkarangan Dewan Sentral Sarikei, petang Jumaat.

Sebanyak 213 gerai bazar Ramadan telah dibuka tapak utama ini.

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, aktiviti seumapama ini turut memberi peluang kepada para peniaga di kawasan untuk menambah dan mencari rezeki.

Dalam masa sama juga, beliau menyeru agar para peniaga agar mengutamakan kebersihan dan memastikan produk makanan serta minuman yang mereka jual sentiasa segar dan bersih.

"Kebersihan produk jualan yang berkualiti dan harga yang berpatutan wajar menjadi panduan dan pegangan utama para peniaga yang mencari rezeki di bazar Ramadan.

"Eleman ini penting dalam kita mencari rezeki yang halal terutama di bulan yang mulia ini kerana dalam kita menambah pendapatan ia juga merupakan sebahagian daripada amal ibadat yang dituntut agama yang mengutamakan konsep kejujuran.

"Pegangan terhadap elemen ini penting jika kita inginkan perniagaan kita maju dan sentiasa dikunjungi oleh pelanggan, dan seperti yang kita sedia maklum bahawa pembukaan bazar ini bukan hanya dikunjung oleh masyarakat Islam sahaja tetapi turut menjadi tarikan kepada kaum lain seperti masyarakat Iban, Cina, Bidayuh dan lain-lain kaum, oleh itu penjagaan kebersihan dan konsep perniagaan yang jujur itu perlu diterap dan diamalkan," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055172 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list