CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6066|Reply: 0

[Sarawak] MOTS komited bangunkan, modenkan sistem pengangkutan sungai di Sarawak

[Copy link]
Post time 17-3-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode


Lee bergambar kenangan ketika menerima kunjungan hormat daripada Safiee (tiga kanan) dan yang lain pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur pada Rabu lalu. Turut kelihatan, Henry dan Alice (dua kanan).

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) komited untuk membangunkan dan memodenkan sistem pengangkutan sungai di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kementeriannya mahu menjadikan sungai Sarawak sebagai sebahagian daripada rangkaian pengangkutan dan logistik bagi kegunaan komersial.

Sehubungan itu, katanya, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) perlu bekerjasama rapat dengan MOTS untuk menggalakkan penggunaan sungai sebagai pengangkutan terutama melibatkan barangan bersaiz besar dan bukannya hanya bergantung kepada jalan raya semata-mata.

“Sekiranya banyak kargo besar boleh diangkut melalui sungai, maka kita dapat mengurangkan kerosakan pada jalan raya kita.

“Di samping, boleh mengurangkan kemalangan dan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi LSS Safiee Ahmad di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, pada Rabu lalu.

Semasa mesyuarat itu, Lee turut meminta Safiee untuk terus bekerjasama dengan Pengurusan LSS dalam usaha menambah baik struktur organisasi tersebut.

Ia supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab LSS serta penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan.

Terdahulu, Safiee mengadakan kunjungan hormat terhadap Lee susulan pelantikannya sebagai Pengerusi LSS yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai rancangan masa depan MOTS dan hala tuju LSS.

Hadir sama, Timbalan Menteri MOTS (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, Setiausaha Tetap MOTS Dato Ir. Alice Jawan Empaling dan Kontroller LSS Lt Kol Ding Tiew Wong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.339899 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list