CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4951|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat korporat, individu dipelawa salur sumbangan Program Amal Berbuka Puasa

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Awang Kadin bersama Dexter Lau di majlis berbuka puasa.

TAWAU: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) mempelawa individu serta syarikat korporat menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa di 25 lokasi di seluruh Sabah.

Pengarah UPPM, Datuk Awang Kadin Tang berkata, program bermula dari daerah Kalabakan dijangka berakhir di Keningau pada 24 Mac depan.

Katanya, sumbangan terbabit berupa barangan makanan serta bantuan sukarelawan untuk disalurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan sempena bulan ramadan.

“Bersama-sama menjayakan program ini sambil kita boleh memberikan impak positif sekali gus menyebarkan harapan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khususnya di bulan yang mulia ini.

“Sumbangan yang disalurkan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penerima dalam menjalani ibadah puasa sekali gus membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Awang Kadin berkata, beliau menyeru agar lebih banyak syarikat syarikat berkaitan kerajaan GLC dan syarikat lain tampil untuk menyumbangkan dana bagi tujuan kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka ke program ini.

Sementara itu, Pengarah Syarikat  Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata, usaha bersama UPPM adalah inisiatif terbaharu membantu golongan yang memerlukan serta rumah anak yatim di sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kita turut serta dalam menganjurkan majlis berbuka puasa dengan harapan dapat mengurangkan beban keluarga yang menghadapi masalah ekonomi mendapat sokongan sepanjang bulan Ramadan.

“Selain rumah anak yatim akan dilawati, kami berpeluang bersama-sama memilih baju raya kegemaran mereka di 10 buah Pasaraya Servay yang terdekat,” katanya.

Menurutnya, ini mencerminkan komitmen bersama dalam organisasi korporat serta kerajaan negeri untuk berkhidmat kepada masyarakat sekali gus menyebarkan kebahagiaan dan memumpuk keharmonian di sepanjang Ramadan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054481 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list