CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4931|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut, kereta dipandu bertembung dengan lori

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode


REMUK: Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat bertebung dengan sebuah lori.

BELURAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Bukit Mengidam Jalan Sapi Nangoh-Paitan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.26 petang itu, mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Paitan balik ke kediamannya di Kampung Bangau-Bangau.

“Sebaik tiba di lokasi kawasan selekoh, kereta mangsa telah memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 35 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Kasim berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Beluran untuk proses bedah siasat manakala pemandu lori terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran bagi membantu siasatan.

“Pihak IPD Beluran menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.070988 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list