CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4959|Reply: 0

[Sabah] UCSF terima kunjungan Timbalan Menteri KPT

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Mustapha (dua kanan) diiringi oleh Dr.Rafiq Idris (kanan) ketika melawat NIAG UCSF.

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud di kampusnya di Sembulan pada Jumaat.

Ketibaan Mustapha disambut oleh Naib Canselor UCSF, DR. Rafiq Idris bersama kakitangan dan pelajar universiti itu di Kota Kinabalu.

Mustapha turut mengambil kesempatan bertemu dengan sebahagian pelajar UCSF dan menyerahkan buah kurma.

Beliau juga meluangkan masa melawat Nature Inspiration Art Gallery (NIAG) UCSF serta mengadakan sesi pertemuan bersama kakitangan pengurusan tertinggi universiti.

Dalam pertemuan itu, beliau menegaskan bahawa jalinan kerjasama diantara Institute Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPT Swasta mampu merealisasikan usaha  membawa Malaysia terus maju ke hadapan.

"Terutamanya dalam sektor pendidikan di Sabah dengan adanya UCSF yang merupakan satu-satunya univeristi milik penuh kerajaan negeri di bawah Yayasan Sabah (YS)

"Selain mampu memberihttps://www.utusanborneo.com.my/ ... alan-menteri-kptkan impak positif kepada ruang dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi anak-anak Sabah, agar terus meneroka peluang-peluang pengajian yang ada di UCSF dengan bantuan pengajian daripada YS," katanya.

Sementara itu, Dr Rafiq berkata, melalui pertemuan itu, pelbagai perkara telah dicadangkan dan dibincangkan berhubung pengajian tinggi di Malaysia dan Sabah khususnya.

"Dengan sokongan serta kerjasama dari kementrian, saya percaya pelbagai usaha boleh direalışasıkan. UCSF merakamkan ucapan terima kasih kepada Mustapa di atas kunjungannya," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.334472 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list