CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3746|Reply: 0

[Sabah] ESSCOM rampas rokok, tembakau bernilai lebih RM4.1 juta

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Rokok putih, kretek dan tembakau yang dirampas oleh ESSCOM di Lahad Datu.

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) merampas rokok dan tembakau bernilai RM4.1 juta dalam serbuan di sebuah bangunan dua tingkat di Jalan Tamoi Baru, di sini, pada Khamis.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil daripada maklumat awam membabitkan penyeludupan rokok.

“Rampasan ini membabitkan sebanyak 3,178,120 batang pelbagai jenis rokok putih dan kretek serta 400 bungkusan kecil tembakau dengan nilai anggaran selepas cukai berjumlah RM4,137,474.

“Semua rokok dan tembakau ini juga dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dan disembunyikan di dalam bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Victor berkata, kejayaan itu mencerminkan komitmen dan jaminan ESSCOM dalam mengurangkan Jenayah Rentas Sempadan (JRS).

Katanya, ESSCOM akan sentiasa memantau dan terus memperhebatkan operasi-operasi khas khususnya dalam usaha menjejak anasir asing.

“Ia juga bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengganggu gugat keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam khususnya di pantai Timur Sabah.

“Saya mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang maklumat mencurigakan ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 01163311072,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ESSCOM akan terus memperhebat koordinasi operasi bersama pasukan keselamatan lain bagi mengekang dan menangkap individu yang berniat jahat mengganggu-gugat keamanan serta keselamatan negara.

“Selain itu, ESSCOM turut komited membantu pelbagai Agensi Penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri dalam membanteras elemen JRS seperti aktiviti rompakan laut dan penyeludupan kontraban

“Kita akan sentiasa mempergiat operasi secara bersepadu di kawasan daratan serta Perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE),” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.113868 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list